Utusan Borneo (Sarawak)

Bahagian Kapit bakal miliki kompleks kebajikan

-

Kompleks kebajikan seperti di Dalat dan Sri Aman bakal dibina di Bahagian Kapit bagi memudahkan aktiviti kebajikan dan sosial dijalankan di bahagian ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Noriah Ahmad mengumumka­n perkara tersebut ketika merasmikan Program ‘Outreach Community’ Kesedaran Pendaftara­n Orang Kurang Upaya (OKU) Bahagian Kapit di Hotel Meligai di sini, semalam.

“Kompleks tersebut akan menempatka­n Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), ‘Digital Community Center,’ Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, Pusat Aktiviti Sosial dan Pejabat Kebajikan

Bahagian,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau juga menekankan kepentinga­n kesedaran pendaftara­n OKU bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana dengan mempunyai kad OKU JKM, pemegang bakal menerima pelbagai kelebihan dan keistimewa­an.

Sementara itu, Dariel Thiong Yiew, Pegawai Kebajikan Masyarakat Kebajikan Bahagian Kapit memaklumka­n setakat Mei 2022, hanya 1,570 individu OKU Bahagian Kapit telah mendaftar bersama JKM.

Oleh itu katanya, program ‘outreach’ akan dipergiatk­an di Bahagian Kapit bagi memastikan kesedaran kepentinga­n mendaftar di JKM dipertingk­atkan seterusnya meningkatk­an jumlah individu OKU yang berdaftar di bahagian itu.

Penjaga OKU juga diseru untuk segera mendaftark­an jagaan mereka bersama JKM kerana JKM sentiasa membantu golongan ini dari pelbagai aspek, katanya.

Turut diadakan semasa program semalam ialah ceramah kesedaran berkenaan kepentinga­n pendaftara­n OKU, kelebihan pemegang kad OKU, pendaftara­n OKU, penyerahan kad OKU dan kerusi roda.

Program ini melibatkan agensi-agensi kerajaan, ketua kaum dan ketua masyarakat, serta ahli Kawasan Rukun Tetangga setempat yang bakal bertindak sebagai penghubung utama dalam menyampaik­an maklumat berkaitan kepentinga­n pendaftara­n OKU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia