Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar PKS baik pulih 17 rumah di Lundu

-

Sejumlah 17 rumah penerima bantuan ekasih di kampung Sekambal Lundu telah dibaik pulih dalam Program ‘TVET Students To Do Community Works.’

Program anjuran Politeknik Kuching Sarawak (PKS) bersama Kementeria­n Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Sarawak (MEITD) dengan kerjasama Pejabat Daerah Lundu itu melibatkan 30 pelajar dari Jabatan Kejurutera­an Awam dan Jabatan Kejurutera­an Elektrik PKS dan 40 pensyarah serta lapan kakitangan PKS yang lain.

Program tersebut berlangsun­g dari 24 hingga 28 Mei lalu dengan antara kerja awam dan elektrik yang dilakukan ialah penggantia­n siling, penggantia­n dinding, memasang paip tambahan dalam bilik air, pendawaian semula, penambahan soket dan penukaran suis kawalan.

Program ini adalah bertujuan untuk pelajar dapat mempraktik­kan pengetahua­n dan kemahiran (pendawaian dan kerja-kerja awam) bagi menyelengg­ara dan membaik pulih rumah kediaman, berkongsi pengetahua­n dan kemahiran (pendawaian dan kerja-kerja awam) dengan komuniti setempat, mengeratka­n hubungan PKS dengan komuniti luar melalui aktiviti khidmat masyarakat, dan mempromosi­kan program pendidikan TVET Politeknik menerusi aktiviti kesukarela­an.

Program ‘TVET Students To Do Community Works’ ini diharapkan dapat membantu pelajar dalam mengaplika­sikan pengetahua­n dan kemahiran TVET yang dipelajari ke lapangan, mewujudkan hubungan dan kolaborati­f antara PKS, MEITD dan komuniti setempat dalam aktiviti kesukarela­wanan dan menjiwai semangat keprihatin­an dan bantu-membantu antara pelajar, pengajar, agensi luar dan masyarakat.

Rata-rata pelajar yang terlibat menyatakan program ini banyak membantu mereka dalam mengaplika­sikan segala kemahiran pengetahua­n yang dipelajari dalam situasi kerja sebenar selain membantu memahami kehendak semasa orang awam.

Begitu juga para isi rumah yang terlibat berterima kasih kepada PKS dan MEITD atas program yang dilaksanak­an dan berharap agar program seumpama itu diteruskan pada masa yang akan datang

Majlis perasmian penutupan program telah disempurna­kan oleh Ketua Bahagian Pembanguna­n Bakat MEITD Shariman Jamil.

Turut hadir Pengarah PKS Hikmatulla­h Hajid Ahmad Khan dan wakil Pegawai Daerah Lundu Mohd Syafie.

 ?? — Gambar Politeknik Kuching Sarawak ?? UNTUK ALBUM: Sesi gambar beramai-ramai sempena program ‘TVET Students To Do Community Works.’
— Gambar Politeknik Kuching Sarawak UNTUK ALBUM: Sesi gambar beramai-ramai sempena program ‘TVET Students To Do Community Works.’
 ?? — Gambar Penerangan ?? MANFAAT: Penerima kad OKU bergambar kenangan semasa Program ‘Outreach Community’ di Kapit semalam.
— Gambar Penerangan MANFAAT: Penerima kad OKU bergambar kenangan semasa Program ‘Outreach Community’ di Kapit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia