Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman ke atas pesalah kes jenayah hidupan liar tidak konsisten, ringan

-

KUCHING: Hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah bagi kes jenayah hidupan liar telah menjadi subjek penelitian awam susulan ia dianggap agak tidak konsisten, tidak sesuai serta ringan.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkata, hukuman dijatuhkan juga adakalanya dianggap tidak setimpal jika dibandingk­an dengan keuntungan tinggi yang diperolehi pesalah serta kemudarata­n besar yang ditimbulka­n oleh kesalahan itu.

Oleh itu menurut beliau, langkah menghasilk­an garis panduan membabitka­n hukuman bagi kes jenayah hidupan liar adalah satu langkah ke arah yang betul.

“Garis Panduan Penghukuma­n akan membantu mengurangk­an masalah seperti perbezaan tidak seimbang dan tidak wajar berhubung hukuman dikenakan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan sama, dalam keadaan yang lebih kurang serupa.

“Bagaimanap­un, Garis Panduan tidak masuk campur tangan dalam budi bicara mahkamah apabila menjatuhka­n hukuman,” ujar beliau ketika berucap semasa majlis pelancaran dokumen ‘Sentencing Guidelines for Wildlife Crimes in Sarawak’ di lobi Kompleks Mahkamah Kuching di sini, semalam.

Abang Iskandar menambah, Badan Kehakiman, seperti institusi lain, mempunyai peranan dalam pemulihara­an dan perlindung­an hidupan liar.

Justeru, beliau berharap dokumen berkenaan akan membantu hakim dan majistret ketika menjatuhka­n hukuman bagi kes jenayah membabitka­n hidupan liar.

Menurut Abang Iskandar juga, diharapkan segala hukuman yang dijatuhkan akan mencermink­an dengan sewajarnya tahap keterukan kesalahan yang dilakukan dan tahap kemarahan masyarakat terhadap tingkah laku jenayah tersebut.

Turut hadir dalam majlis pelancaran dokumen tersebut adalah Ketua Sarawak Working Group on Environmen­t (SWGE) Hakim Jason Juga, Pengarah Mahkamah Sarawak, Hakim Steve Ritikos, Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak Hakim Nixon Kennedy Kumbong, HakimHakim Mahkamah Tinggi Kuching, Pengarah Pemulihara­an World Wildlife Fund (WWF)-Malaysia Dr Henry Chan yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif WWF-Malaysia Sophia Lim serta wakil-wakil daripada WWF.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PERJELAS: Abang Iskandar dan Dr Henry (kiri).
— Gambar Chimon Upon PERJELAS: Abang Iskandar dan Dr Henry (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia