Utusan Borneo (Sarawak)

Segera rebut peluang teruskan pengajian di universiti

-

Golongan pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 perlu merebut peluang dengan cepat memohon untuk meneruskan pengajian di universiti tempatan susulan saingan cukup hebat antara pelajar di negara ini.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong Rosli Salleh berkata, para pelajar perlu cepat merebut peluang, jangan menunggu kawan lain serta leka.

“Cepat-cepat memohon memandangk­an saingan sangat hebat berikutan semua sistem permohonan sekarang dibuat secara dalam talian,” ujarnya berucap semasa pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 untuk calon-calon SMK Kidurong di Dewan Serbaguna SMK Kidurong, semalam.

Beliau berkata, jangan memberikan alasan tiada talian kerana kita perlu cepat untuk mendapatka­n tempatnya dan terdapat tiga institusi hadir di sini sedia menawarkan tempat untuk melanjutka­n pelajaran.

“Kita ada Institut Kemahiran MARA (IKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta kolej swasta yang perlu dimohon segera oleh calon-calon,” katanya.

Pada masa sama beliau melahirkan rasa syukur dengan pencapaian pelajar SMK Kidurong dalam SPM 2021 setelah menempuh pelbagai cabaran dan kesulitan.

Beliau menyatakan seramai 435 calon hadir menduduki peperiksaa­n itu daripada 448 calon atau 13 calon berdaftar tidak hadir dalam peperiksaa­n itu.

Rosli berkata, SMK Kidurong mencapai Gred Purata Sekolah (GPS) 5.20 yang dilihat memberikan hadiah cukup berharga kepada sekolah itu, sekali gus berterima kasih kepada para pelajar yang menyumbang ke arah kecemerlan­gan sekolah tersebut.

“Ada tiga pelajar mendapat A penuh, 89.20 peratus layak mendapat sijil atau 388 orang calon,” katanya sambil menambah beberapa matapelaja­ran mencapai kelulusan 100 peratus.

Dalam pada itu, 12 pelajar SMK Kidurong yang mendapat 5A terdiri daripada Arish Jonathan Richard, Nur Izz Yasirah Adhan, Ummi Udaimatunn­ur Mezalan, Aaliyah Nuryakin Ilyas Nuryakin, Acozthavyl­la Bintang Robinson, Raja Batrisyia Khairina Raja Zahari, Daren Lesley Galin, Sylvia Lanan Jemat, Marilyn Emah Sim Mei Lim, Nur Afifah Dana @ Zaina, Sharifah Yasirah Alkaff Syed Muhammad Azani dan Rosse Mohd Hakim Chang.

Seramai 14 pelajar mendapat 6A terdiri Geraldine Teresa Ajan, Nurzawanah Uzma Zabidin, Nicholas Gilbert Moses, Ellen Lue, Aleya Nadhirah Muhammad, Celine Siow Weng Lam, Aiman Danish Uzair Mohammad Daud, Zaidatur Rahmah Agossalem, Aina Batrisyia Husna Ahmadi @ Soemadi, Petrus Banying Baratong, Mohammad Amir Hazman Nawandi, Mohamad Harizth Hakim Hamdan, Charles Noel Michael Lody dan Nursyasya Uzma Omar.

Enam pelajar mendapat 7A iaitu Joannes Bernard Nicholas, Everly Xavier Setem, Muhammed Nurhaziq Khan Aslam Khan, Alicia Sunta Luking, Nur Zulyiana Zulkifli dan Grace Nathania Gaisah.

Diikuti sembilan pelajar mendapat 8A iaitu Michelle Irau Kut, Josephen Sembar, Muhammad Anas Hakimi Mohamad Akbar, Muhammad Hazim Ibrahim, Danish Hilman Ahmad Zaidi, Jeoana Mayang Dan, Lorna Puyang Jok, Imran Dzikry Dzulazis dan Ellyna Darn Edric Darn.

Dan tiga pelajar lagi yang cemerlang mendapat 9A ialah Dhia Filzah Mazlan, Farha Arissya Faizal dan Austin Jason Pui.

 ?? ?? TAHNIAH: Para pelajar cemerlang dan terbaik merakam gambar bersama Rosli (berdiri tengah) serta guru-guru kanan SMK Kidurong.
TAHNIAH: Para pelajar cemerlang dan terbaik merakam gambar bersama Rosli (berdiri tengah) serta guru-guru kanan SMK Kidurong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia