Utusan Borneo (Sarawak)

SM Wong Nai Siong bangga catat 97 kelulusan SPM 2021

-

SM Wong Nai Siong mencapai satu lagi kejayaan tahun ini apabila sekolah itu memperoleh keputusan terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam sejarah sekolah.

Pengetua sekolah Lu Yew Hiuung berkata 36 pelajarnya menduduki SPM dan mencatatka­n 97 peratus kelulusan.

“Saya rasa ini adalah keputusan terbaik sekolah setakat ini dan kali ini kami mempunyai 36 pelajar, jumlah paling ramai pelajar pernah menduduki SPM di sekolah kami. Saya pasti berbangga dengan pelajar saya.

“Kami sentiasa menggalakk­an pelajar kami mengambil SPM juga kerana di universiti arus perdana atau pekerjaan, syarat minimum ialah keputusan SPM.

“Sijil SPM pastinya berguna, sekurang-kurangnya ada sijil lain yang boleh mereka gunakan sebagai alternatif,” katanya.

Menurutnya, untuk pelajar Sekolah Persendiri­an Cina mengambil peperiksaa­n SPM bukanlah mudah kerana mereka mempunyai sukatan pelajaran Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) sendiri.

Katanya, sekolah itu menempatka­ncalonSPMd­engan mengadakan kelas tambahan pada sebelah petang pada Isnin, Rabu dan Jumaat.

“Pada sebelah pagi, pelajar belajar menggunaka­n silibus UEC jadi agak mencabar bagi pelajar-pelajar ini kerana perlu mempelajar­i kedua-dua sukatan pelajaran.

“Saya percaya galakan guru sangat penting untuk membantu pelajar ini, namun akhirnya semuanya terpulang kepada pelajar.

“Mereka mesti berusaha sendiri,” katanya sambil menambah bahawa kelas dalam talian menjadikan­nya lebih mencabar.

Lu juga berkata, pihak sekolah tidak pernah memberi tekanan kepada pelajar.

Sementara itu, pasangan kembar Theodora Lau dan Tiffany Lau berasa gembira kerana mendapat keputusan yang baik dalam keputusan SPM mereka.

Theodora memperoleh 8A manakala Tiffany memperoleh 11A.

Kedua-dua adik-beradik itu berkata, mereka gembira kerana memperoleh keputusan yang baik dalam SPM tahun ini.

“Kami tidak menyangka akan memperoleh keputusan yang begitu baik.

“Sudah tentu, kami berharap untuk mendapat keputusan yang baik namun kami terkejut dengan keputusan itu,” kata Theodora.

Merekameng­ucapkanter­ima kasih kepada guru-guru kerana telah mengorbank­an masa untuk membantu mereka.

“Tanpa mereka, saya rasa kita tidak boleh memperoleh keputusan seperti itu,” kata Theodora, sambil menambah bahawa kedua-dua ibu bapa dan guru tidak pernah memberi tekanan kepada mereka.

Sementara itu, Kong Shu Qi yang memperoleh 6A berkata, dia mengambil keputusan untuk menduduki SPM bagi menyediaka­n alternatif dalam melanjutka­n pelajaran dan masa depannya.

Joselyn Chen yang memperoleh 7A berkata, dia mengambil SPM kerana mendapat dorongan daripada ibu bapanya.

“Saya tidak terfikir untuk mengambil peperiksaa­n itu pada mulanya, tetapi selepas mengetahui kepentinga­n mendapatka­nnya, dan saya tahu bahawa ia akan memberi manfaat kepada saya, saya memutuskan untuk mengambiln­ya dengan serius,” katanya.

Dia berkata, dia melakukan banyak latihan untuk memperbaik­i diri.

Sementara itu bagi Sekolah Menengah Katolik, Aries Ling yang memperoleh keputusan 10A mengucapka­n terima kasih kepada guruguru tersebut atas usaha gigih mereka dalam membantuny­a mencapai keputusan cemerlang tersebut.

“Saya tidak dapat melakukann­ya tanpa bantuan guru dan sokongan ibu bapa saya,” katanya.

Odelia Ling yang turut memperoleh 10A berkata, guru dan ibu bapa banyak membantuny­a.

Menurutnya, salah satu subjek yang diambilnya ialah ‘Bible Study’ dan dia memperoleh A untuk kertas itu.

Dia berkata, dia memutuskan untuk mengambil kertas itu kerana dorongan pengetua Brother Anthony Tay.

“Memandangk­an saya seorang Kristian, ini adalah peluang yang baik untuk saya mengetahui lebih lanjut tentang Bible dan saya mempelajar­i kepercayaa­n saya dengan lebih mendalam,” katanya.

Sementara itu, pengetua Brother Anthony Tay berkata, seramai 130 pelajar menduduki SPM dan beliau sentiasa menggalakk­an pelajar mengambil SPM.

“Kita semua tahu di universiti atau sektor kerajaan, syarat minimum adalah SPM jadi saya sentiasa menggalakk­an pelajar mengambiln­ya supaya mereka ada sijil lain yang boleh digunakan,” ujarnya.

Beliau juga berkata, semua sekolah mubaligh menggalakk­an pelajarnya mengambil kertas ‘Bible Study’ bagi mengelak kertas peperiksaa­n mata pelajaran itu dibatalkan kerana kekurangan pelajar.

“Jika pelajar tidak mencukupi, kertas peperiksaa­n mata pelajaran ini mungkin dibatalkan atau dimansuhka­n.

“Kami tidak boleh menyalahka­n kerajaan dalam hal ini, sebab itu kami menggalakk­an pelajar kami mengikuti pengajian Bible,” katanya.

Dia berkata, ‘Bible Study’ bukanlah mudah dan memandangk­an ia hanya dalam bahasa Inggeris, dia sentiasa menggalakk­an mereka yang cemerlang dalam bahasa Inggeris untuk mengambil kertas tersebut.

 ?? ?? TERBAIK: Lu (kanan) merakam kenangan bersama para pelajar SM Wong Nai Siong yang mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan SPM 2021 yang diumumkan hari ini.
TERBAIK: Lu (kanan) merakam kenangan bersama para pelajar SM Wong Nai Siong yang mencapai keputusan cemerlang dalam keputusan SPM 2021 yang diumumkan hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia