Utusan Borneo (Sarawak)

Gadis cemerlang SPM 9A+ idam lanjut pelajaran ke Universiti Harvard

-

MUKAH: Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Mukah Nur Adila Hanis Wahab, 18, yang mendapat keputusan cemerlang 9A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 berhasrat untuk melanjutka­n pelajarann­ya ke Universiti Harvard.

Menurutnya, beliau akan memilih jurusan sains aktuari atau kejurutera­an jika berjaya memasuki universiti idamannya itu.

“Pilihan pertama bagi saya untuk melanjutka­n pelajaran adalah Universiti Harvard,” katanya kepada Utusan Borneo ketika ditemui setelah mendapatka­n keputusan SPM di MRSM Mukah, semalam.

Bagaimanap­un, perancanga­n utamanya selepas ini adalah untuk mendapatka­n biasiswa penuh terlebih dahulu.

Manakala bagi pilihan keduanya pula, beliau memilih untuk belajar di Universiti Malaya dengan pilihan jurusan yang sama.

Ketika ditanya mengenai dorongan utama bagi kecemerlan­gannya, beliau mengatakan motivasi utamanya adalah kejayaan ketiga-tiga abangnya.

Apabila ditanya mengenai cabaran dihadapi, beliau menjawab bahawa belajar secara dalam talian selama dua tahun.

Katanya, selama dua tahun beliau belajar hanya melalui Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR).

Menurutnya, kaedah pembelajar­an sebegitu bergantung seratus peratus kepada diri sendiri tanpa bimbingan para guru.

Satu lagi cabaran adalah penangguha­n sehingga tiga kali jadual peperiksaa­n.

Hal itu amat mengganggu perasaan dan emosinya ketika menghadapi SPM.

Bagaimanap­un tambahnya, segalanya berbaloi setelah mendapat keputusan cemerlang.

Nur Adila ditemani ibunya Malihah Sirat dan bapanya Wahab Sahari ketika mengambil keputusan itu di MRSM Mukah.

 ?? ?? MAHU KE HARVARD: Nur Adila (tengah) bersama ibu bapanya.
MAHU KE HARVARD: Nur Adila (tengah) bersama ibu bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia