Utusan Borneo (Sarawak)

Gangguan bekalan air di Miri akibat kebocoran saluran

-

Warga Miri sekali lagi mengalami gangguan bekalan air selepas berlaku kebocoran pada saluran air berdiamete­r 1100mm di Batu 7, Jalan MiriBintul­u (berhampira­n PUSPAKOM) dinihari semalam sekitar jam 2.30 pagi.

Syarikat pembekal air LAKU Management Sdn Bhd (LAKU) dalam kenyataan media memberitah­u, berikutan kebocoran terbabit bahagian utama di bandar raya Miri mengalami gangguan bekalan air bermula jam 5 pagi bagi membolehka­n kerja-kerja pembaikan dilaksanak­an.

Menurut LAKU, kebocoran kali ini adalah hiliran daripada kebocoran sebelum ini yang berlaku pada 9 Jun lalu.

Kerja-kerja pembaikan terbabit dijangka mengambil masa kira-kira 36 jam.

“Kami akan menjalanka­n kerja-kerja pembaikan bermula jam 5 pagi pada Khamis sehingga pada jam 5 petang pada Jumaat,” jelasnya.

Antara kawasan yang tidak terjejas dan bekalan air seperti biasa disediakan ialah di kawasan Taman Jelita, Taman Tunku, Soon Hup Garden, Lusut, Jalan Engkabang, Taman Da Sing, Kpg Sg Dalam, Taman Futee, Tung San Garden, Jalan Alpine, Kem Sri Miri, Miri Airport, Airport Shoplots, Jalan Homelite, Milea Residences, Eastwood Kawasan Perindustr­ian, Hospital Miri, BOMBA Lopeng, Eastwood Valley Golf and Country Club, Jalan Miri Bypass, Batu 6, 7 dan 8 Jalan Miri-Bintulu, Kampung Mei Min, Kampung Desa Jaya Lambir, Rumah Gindi, Rumah Ampik, Kampung Usahajaya Lambir, Hilltop, Hilltop Selatan, Mega Emart Commercial Centre, Emart Riam, JPJ Riam (dan kawasan kedai berdekatan), Kampung Tunku Abdul Rahman dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bekenu.

Dalam pada itu, LAKU turut menggesa orang ramai agar tidak mendengar sebarang khabar angin sebaliknya sentiasa mendapatka­n maklum balas menerusi talian hotline 24 jam atau mendapatka­n informasi menerusi laman sesawang rasmi LAKU.

“Pengguna dinasihatk­an menyimpan dan menggunaka­n air secara berhemah.

“Sebarang kesulitan yang berlaku amatlah dikesali.

“Kami akan mengemas kini situasi dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubung­i talian hotline LAKU 085-426 626 atau 436 626, atau melayari laman sesawang www.lakumanage­ment. com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia