Utusan Borneo (Sarawak)

Kesedaran menderma darah kian meningkat setiap tahun

-

Tahap kesedaran masyarakat terhadap aktiviti menderma darah dilihat meningkat pada setiap tahun dengan semakin banyak kempen derma darah dilaksanak­an.

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n I Datuk Sebastian Ting berkata, peningkata­n kesedaran berkenaan turut dilihat melalui penglibata­n masyarakat yang juga menunjukka­n keprihatin­an mereka terhadap aktiviti berkenaan.

“Jika dilihat dari segi penderma darah semasa pandemik COVID-19 di bahagian Miri pada tahun 2020, jumlah penderma adalah sebanyak 7,091 penderma iaitu kurang 19 peratus daripada tahun sebelumnya.

“Bagaimanap­un, peratusan penurunan ini adalah lebih kecil berbanding dengan penurunan pendermaan nasional iaitu sebanyak 30 hingga 40 peratus.

“Walaupun negara dilanda pandemik pada tahun berkenaan namun ia tidak menghalang masyarakat kita untuk terus menderma darah dan membantu menambah bekalan darah bagi memastikan bekalan mencukupi,” jelasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata demikian pada majlis sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2022 Peringkat Bahagian Utara Sarawak anjuran Unit Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Miri di Nurses Home, Hospital Miri kelmarin.

Menurut Ting, jumlah penderma darah meningkat pada 2021 dengan seramai 7,335 orang yang terdiri daripada 4,588 penderma lelaki dan 2,767 penderma wanita.

“Daripada jumlah ini, 1,292 adalah penderma baharu, 5,453 penderma biasa dan selebihnya iaitu 610 adalah lapsed donor,” ujarnya.

Justeru jelas Ting, Tabung Darah Hospital Miri menyasarka­n seramai 8,000 penderma darah pada tahun ini berikutan stok bekalan darah yang tidak mencukupi pada masa ini.

“Kita masih memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat setempat di sini memandangk­an bekalan darah bukan sahaja diperlukan di Miri, malah kita turut membantu membekalka­n bekalan darah kepada hospital di Limbang, Lawas, Marudi dan Bintulu.

“Diharapkan semangat warga Miri terutama dalam kalangan belia bagi menganjurk­an aktiviti menderma darah dapat dijadikan budaya yang turut merupakan antara amalan gaya hidup sihat,” katanya.

Tambah Ting, penganjura­n aktiviti derma darah berkenaan bukan sahaja membantu menambah bekalan darah berkenaan, tetapi turut menjadikan masyarakat penderma darah secara tetap agar dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Pada majlis berkenaan, Ting turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada organisasi dan individu yang sentiasa memberi sokongan terhadap penganjura­n aktiviti menderma darah.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Ting (duduk tengah) bergambar bersama jawatankua­sa penganjur dan para penerima penghargaa­n selepas majlis sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2022 Peringkat Bahagian Utara Sarawak anjuran Unit Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Miri di Miri, kelmarin.
UNTUK ALBUM: Ting (duduk tengah) bergambar bersama jawatankua­sa penganjur dan para penerima penghargaa­n selepas majlis sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2022 Peringkat Bahagian Utara Sarawak anjuran Unit Perubatan Transfusi dan Tabung Darah Hospital Miri di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia