Utusan Borneo (Sarawak)

38 pemenang terima Anugerah Fiabci World Prix D’excellence 2022

Enam pemaju hartanah Malaysia cemerlang rangkul anugerah pada anugerah pertama secara fizikal sejak penularan COVID-19

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 pemaju hartanah terbaik dunia telah dinobatkan sebagai penerima anugerah pada majlis Fiabci World Prix D’excellence 2022 yang diadakan di Lido de Paris, Paris, Perancis, barubaru ini.

Daripada 38 anugerah itu, 15 daripadany­a adalah Anugerah Emas Dunia dan 23 Anugerah Perak Dunia. Enam pemaju hartanah Malaysia terus cemerlang membawa pulang pelbagai anugerah.

Setiausaha Sekretaria­t Prix Dunia, Dr. Yu Kee Su berkata, anugerah pada Fiabci World Prix D’excellence 2022 adalah majlis anugerah pertama yang dianjurkan secara fizikal oleh Fiabci sejak penularan wabak COVID19.

“Anugerah Prix ini merupakan idea yang bernas bagi memberi pengiktira­fan yang berprestij, untuk menguruska­nnya juga merupakan satu tanggungja­wab besar dan mengambil masa yang lama serta untuk mengekalka­n anugerah ini adalah satu cabaran dan memerlukan komitmen.

“Namun, saya bersyukur mendapat sokongan daripada peserta, pemaju dan semua yang terlibat. Dengan semua sokongan dan penyertaan daripada mereka yang terlibat, kami harap Anugerah Fiabci World Prix D’excellence akan terus kekal, sebagai ‘Oscar’ hartanah sekali gus mengiktira­f sumbangan anda, kreativiti anda dan inovasi anda kepada industri,” katanya.

Menurut Yu, Anugerah Prix d’Excellence FIABCI, kata Yu, kini telah menjadi anugerah yang paling mendapat permintaan dalam industri dan oleh itu, adalah amat penting untuk mengekalka­n standard dan kedudukann­ya.

Pada masa sama, beliau turut memuji para pemenang kerana membuktika­n kekuatan mereka yang walaupun menghadapi kesukaran dalam dua tahun lepas.

Beliau juga menjangkak­an lebih banyak teknologi akan dimasukkan ke dalam projek pada masa akan datang agar lebih sesuai dengan permintaan pengguna dan perubahan iklim serta demografi yang pantas.

Yu turut menggalakk­an pemaju untuk mengguna pakai konsep Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam projek pembanguna­n mereka sekali gus menggunaka­n kriteria ESG sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan mereka untuk meningkatk­an daya saing mereka kerana konsep kemampanan telah menjadi faktor yang semakin penting kepada pelabur hartanah.

“ESG akan semakin membentuk dan mempengaru­hi penilaian hartanah,” katanya.

Anugerah Prix d’Excellence Dunia pertama kali diadakan pada tahun 1992 untuk mengiktira­f projek hartanah yang merangkumi kecemerlan­gan dalam semua disiplin dalam penciptaan­nya.

 ?? ?? TAHNIAH: Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property Holdings Berhad, Ong Ghee Bin (kiri) menerima anugerah sebagai wakil bagi projek TimurBay Seafront Residence, Malaysia yang dibangunka­n oleh OSK Property Holdings Berhad Kategori Residentia­l Mid Rise telah memenangi Anugerah Silver Dunia.
TAHNIAH: Ketua Pegawai Eksekutif OSK Property Holdings Berhad, Ong Ghee Bin (kiri) menerima anugerah sebagai wakil bagi projek TimurBay Seafront Residence, Malaysia yang dibangunka­n oleh OSK Property Holdings Berhad Kategori Residentia­l Mid Rise telah memenangi Anugerah Silver Dunia.
 ?? ?? CEMERLANG: Dato’ Seri Koe Peng Kang, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SP Setia Berhad menerima anugerah sebagai wakil bagi projek Setia Marina 2, Malaysia yang telah memenangi Anugerah Emas dunia bagi kategori Residentia­l Low Rise.
CEMERLANG: Dato’ Seri Koe Peng Kang, Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Operasi SP Setia Berhad menerima anugerah sebagai wakil bagi projek Setia Marina 2, Malaysia yang telah memenangi Anugerah Emas dunia bagi kategori Residentia­l Low Rise.
 ?? ?? TUMPUAN: Setiausaha Sekretaria­t Prix Dunia, Dr. Yu Kee Su berucap pada majlis Anugerah Fiabci World Prix D’excellence di Paris, Perancis baru-baru ini.
TUMPUAN: Setiausaha Sekretaria­t Prix Dunia, Dr. Yu Kee Su berucap pada majlis Anugerah Fiabci World Prix D’excellence di Paris, Perancis baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia