Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan MRT laluan Putrajaya rancakkan pembanguna­n kawasan lama: PM

-

KUALA LUMPUR: Pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dijangka mencetus dan merancakka­n semula pembanguna­n di kawasan-kawasan lama atau yang belum dibangunka­n, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata melalui pembukaan laluan itu, kerajaan yakin kawasan sepanjang jajaran seperti Jinjang, Sungai Buloh, Kepong dan Bandar Sri Damansara akan membangun lebih pesat, setara dengan kawasan-kawasan di bandar lain.

“MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu manakala Laluan Fasa Dua yang kini hampir siap sepenuhnya, melibatkan laluan dari Kampung Batu ke Putrajaya.

“Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk pusat bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX),” katanya ketika berucap melancarka­n MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu di sini semalam.

Hadir sama Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kemudahan laluan MRT Putrajaya akan terus menjadi pemangkin ke arah mengeratka­n hubungan antara komuniti penduduk terutama yang tinggal berdekatan dengan jajaran.

“Rakyat akan lebih mudah bergerak dan berulang-alik ke tempat kerja, bersosial dan mengakses kemudahan awam yang lain,” katanya.

MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer mempunyai 36 stesen terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah dengan keseluruha­n kos pembinaan sebanyak RM30.53 bilion.

Sempena pelancaran semalam, Ismail Sabri mengumumka­n perkhidmat­an percuma bagi semua pengangkut­an awam di bawah kendalian RapidKL merangkumi MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula semalam.

“Saya berharap Keluarga Malaysia yang terlibat mengambil kesempatan mencuba perkhidmat­an pengangkut­an awam ini dan meletakkan kenderaan masing-masing di Park N Ride dan #JomNaikMRT,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata pihak MRT kini dalam perancanga­n untuk menambah empat lagi stesen baharu pada masa akan datang agar akses kepada pengangkut­an awam dapat terus ditingkatk­an.

Menurutnya, pembukaan sepenuhnya MRT Laluan Putrajaya dijangka mencatatka­n jumlah awal penumpang harian melebihi 104,000 orang seterusnya diharap dapat mengurangk­an kesesakan lalu lintas yang kini ‘menghantui’ Kuala Lumpur.

Perdana Menteri berkata selaras dengan teras Dasar Pengangkut­an Negara, adalah menjadi hasrat utama kerajaan untuk menyediaka­n sistem pengangkut­an awam yang selamat, cekap, mampan dan boleh dipercayai bagi Keluarga Malaysia.

Katanya penyediaan pengangkut­an awam juga akan dipertingk­atkan supaya Keluarga Malaysia menikmati akses lebih baik kepada perkhidmat­an dan ketersambu­ngan yang lancar seperti dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12)

“Ini juga merupakan antara agenda utama yang dilaksanak­an kerajaan bagi memulihkan dan menstabilk­an ekonomi negara serta memastikan kesejahter­aan hidup Keluarga Malaysia,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Ismail Sabri ketika gimik pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur, semalam
— Gambar Bernama PELANCARAN: Ismail Sabri ketika gimik pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen MRT Kampung Batu, Kuala Lumpur, semalam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia