Utusan Borneo (Sarawak)

MAFI olah semula, tambah baik sekuriti makanan negara: Ronald

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersedia untuk menambah baik dan mengolah semula Pelan Tindakan melibatkan komoditi makanan bagi meningkatk­an tahap sara diri (SSL) untuk memastikan sekuriti makanan di dalam negara terjamin.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata langkah itu melibatkan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) khususnya apabila negara sebelum ini belum berhadapan keadaan pascapande­mik yang mencabar.

“Apabila kita merangka DSMN dan Dasar Agro Makanan Negara, kita belum berhadapan satu tahap pascapande­mik yang mencabar. Namun perkembang­an terbaharu menambah cabaran terhadap rantaian makanan negara bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia