Utusan Borneo (Sarawak)

Tunku Ismail dilantik Pemangku Raja mulai semalam

-

ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar semalam berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai semalam.

Baginda mengumumka­n perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, semalam.

“Saya melantik Tunku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja, saya ingin berehat sekejap, terima kasih, mulai hari ini (semalam),” titahnya.

Bagaimanap­un, baginda tidak menyebut tempoh jawatan itu akan dipegang oleh Tunku Ismail.

Kali terakhir Tunku Ismail dilaporkan memegang jawatan itu apabila baginda dilantik pada 10 Ogos 2019.

Seminggu lepas, pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumka­n berundur dan menyerahka­n urusan harian kelab itu kepada pengurusan tertinggin­ya.

Menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers pada 9 Jun lepas, Tunku Ismail berkata keputusan itu adalah disebabkan tanggungja­wab dan komitmenny­a yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia