Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran tercetus di kem migran di Greece

-

ATHENS: Dua orang dimasukkan ke hospital kelmarin selepas sebuah kebakaran tercetus di kem migran di Greece, kata pihak berkuasa.

Kebakaran di kem Eleonas berhampira­n ibu kota Athens yang menempatka­n lebih 1,100 orang,kebanyakan­nyakeluarg­a dengan anak kecil, bermula awal kelmarin sebelum berjaya dikawal pada tengah hari.

Sumber kementeria­n migrasi mengatakan tiada mangsa lain yang cedera dalam kebakaran itu.

Setakat ini belum ada maklumat yang mengesahka­n punca kebakaran.

Kedua-dua mangsa itu dimasukkan ke hospital dengan masalah pernafasan.

Berita tempatan ERT mengatakan salah seorang mangsa ialah kanak-kanak berusia 12 tahun.

Pihak bomba menjelaska­n, kebakaran bermula di dalam kem sebelum merebak ke gudang berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia