Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Nigera temui gadis Chibok yang diculik

-

Tentera Nigeria telah menemui salah seorang daripada lebih 200 pelajar sekolah yang diculik kumpulan pelampau Boko Haram lapan tahun lalu di kawasan bergolak timur laut, menurut tentera kelmarin.

Serangan ke atas sekolah berasrama perempuan di bandar Chibok pada tahun 2014 dan penculikan beramai-ramai telah mencetuska­n kemarahan sedunia dan memulakan kempen global yang dipanggil #BringBackO­urGirls.

Tentera menulis dalam Twitter bahawa anggota tentera yang menjalanka­n rondaan telah menemui wanita muda Mary Ngoshe sedang mengendong bayi berhampira­n kampung Ngoshe pada Selasa.

“Pasukan 26 Briged Task Force yang melakukan rondaan di sekitar Ngoshe di Negeri Borno pada 14 Jun 2022 telah terjumpa dengan Puan Mary Ngoshe dan anaknya,” kata kenyataan itu.

“Dia dipercayai salah seorang gadis yang diculik dari GGSS (Sekolah Menengah Perempuan Kerajaan) Chibok pada tahun 2014,” tambahnya, menerbitka­n gambar seorang wanita muda dan seorang anak.

Daripada 276 murid yang berusia 12 hingga 17 tahun yang diculik oleh militan pada 14 April 2014, 57 gadis berjaya melarikan diri dengan melompat dari trak yang membawa mereka.

Sejumlah 80 yang lain kemudianny­a dibebaskan sebagai pertukaran untuk beberapa komander Boko Haram yang ditahan susulan perbincang­an dengan kerajaan Nigeria.

Lebih seratus gadis masih hilang, ada yang dikatakan telah berkahwin dengan anggota militan, menurut video propaganda oleh Abubakar Shekau pemimpin akhir Boko Haram.

Sejak penculikan beramai-ramai sekolah Chibok, militan telah mengulangi beberapa penculikan beramai-ramai dan serangan maut ke atas sekolah-sekolah di utara Nigeria.

Keganasan telah menghalang pelajar pergi ke sekolah, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggar­kan lebih 18.5 juta kanak-kanak Nigeria tidak mempunyai pendidikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia