Utusan Borneo (Sarawak)

Kes Bella: Hakim nasihat pendakwaan, pembelaan bekerjasam­a kongsi maklumat

-

Hakim Mahkamah Sesyen semalam menasihatk­an pihak pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraa­n kes pengasas Rumah Bonda yang dituduh mengabai dan menganiaya Bella, remaja perempuan sindrom down, agar bekerjasam­a dalam berkongsi maklumat berkaitan pengurusan kes termasuk penyelaras­an saksi.

Izralizam Sanusi yang mendengar perbicaraa­n kes itu berkata perkara berkaitan penyelaras­an saksi adalah proses biasa dalam pengendali­an di mahkamah.

“Sebagaiman­a kita semua maklum pemilihan saksisaksi ditawarkan oleh pihak pendakwaan adalah atas budi bicara pihak pendakwaan, bila-bila pihak pendakwaan boleh menyusun (saksi) yang mana boleh dipanggil dan yang mana boleh ditawarkan.

“Saya nasihatkan ya, itu proses biasa… itu adalah perkara asas yang semua orang patut tahu. Budi bicara tersebut adalah urusan pihak pendakwaan,” katanya sebelum perbicaraa­n kes Siti Bainun Ahd Razali itu bemula.

Terdahulu, Izralizam menyoal pihak pendakwaan mengenai jumlah saksi yang akan dipanggil memberi keterangan dan Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas menjawab “lebih kurang 10 saksi”.

Seramai lapan saksi pendakwaan telah memberikan keterangan dalam kes itu dan hari ini (semalam) saksi kelapan iaitu Pegawai Penyelidik Undang-Undang di sebuah firma guaman, Suhana Zam, 40, menyambung soal balas oleh pihak pembelaan.

Sebelum ini, media melaporkan peguam pemerhati kes Bella mahu mendapatka­n penjelasan lanjut berhubung beberapa perkara yang dilihat ‘tidak harmoni’ dalam perbicaraa­n kes remaja sindrom down itu.

Peguam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata antara perkara yang dibangkitk­an adalah ketidakhad­iran kali kedua Bella bagi sesi pengecaman di mahkamah pada Isnin lepas dan pihaknya tidak dimaklumka­n oleh pihak pendakwaan lebih awal mengenai ketidakhad­iran itu.

Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu, sehingga menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominiu­m di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Perbicaraa­n bersambung.

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Siti Bainun hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapiny­a melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Siti Bainun hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadiri sambung bicara pertuduhan yang dihadapiny­a melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia