Utusan Borneo (Sarawak)

Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah pertuduhan pindaan

-

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas satu tuduhan pindaan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa mengarahka­n pertuduhan pindaan dibacakan semula kepada Ahmad Zahid, 69, selepas membenarka­n permohonan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob untuk meminda pertuduhan ketiga.

Pertuduhan pindaan itu membabitka­n pertukaran Euro 15,000 kepada 15,000 Swiss Franc.

Sejurus pertuduhan pindaan dibacakan jurubahasa, Ahmad Zahid kemudian menjawab mengaku tidak bersalah. “Faham, mengaku tidak bersalah,” katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan itu, Ahmad Zahid didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementeria­n Dalam Negeri telah mendapat untuk dirinya, sesuatu benda berharga iaitu wang tunai 15,000 Swiss Franc tanpa balasan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), yang beliau mengetahui syarikat tersebut mempunyai hubungan dengan kerja rasminya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Country Heights, Kajang pada Mei 2016 dan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutka­n kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmat­an pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalka­n kontrak perjanjian untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatka­n untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraa­n masih berlangsun­g di hadapan Hakim Mohd Yazid.

 ?? — Gambar Bernama ?? HADIRI PERBICARAA­N: Zahid Hamidi (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraa­n berhubung kes rasuah berkaitan Sistem Visa Negara (VLN).
— Gambar Bernama HADIRI PERBICARAA­N: Zahid Hamidi (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi perbicaraa­n berhubung kes rasuah berkaitan Sistem Visa Negara (VLN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia