Utusan Borneo (Sarawak)

Pogba lengkapkan kepulangan semula ke Juventus

-

Paul Pogba dikatakan sudah melengkapk­an kepulangan ke Juventus tanpa yuran perpindaha­n selepas kontraknya di Manchester United tamat, menurut sumber ketika memberitah­u penyiaran ESPN.

Pemain berusia 29 tahun itu menandatan­gani kontrak empat tahun di Juventus ketika dia berpindah ke kelab Serie A Itali itu buat kali kedua dalam kariernya – selepas turut berpindah tanpa yuran perpindaha­n dari United pada 2012.

Pogba mengharung­i empat tahun menggembir­akan di Turin, memenangi empat kejuaraan Serie A berturuttu­rut dan dua trofi Piala Itali. Dia juga akan berganding­an semula dengan jurulatih Massimilia­no Allegri, yang juga kembali ke Inter musim lepas ketika kelab memburu kejuaraan liga yang pertama sejak 2020.

Sumber memberitah­u ESPN bulan lepas bahawa Pogba berminat untuk kembali ke Juventus selepas menolak tawaran untuk menyertai juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

PSG juga antara destinasi potensi untuk pemain tengah antarabang­sa Perancis itu tetapi pemecatan pengarah teknikal, Leonardo dan diganti Luis Campos mengurangk­an minat kelab juara Ligue 1 Perancis itu.

Pogba akan memperinci sebab di sebalik perpindaha­nnya dalam satu dokumentar­i bertajuk “The Pogmentary,” yang akan disiarkan menerusi Amazon Prime pada Jumaat.

Pogba memulakan kariernya di United dan kembali pada 2016 untuk yuran perpindaha­n rekod dunia ketika itu bernilai 89.3 juta pound dari Juventus.

Pogba juga tidak mempunyai perhubunga­n yang baik dengan penyokong United dan mereka mencemuhny­a pada dua penampilan terakhir ketika menentang Norwich City dan Liverpool.

 ?? ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia