Utusan Borneo (Sarawak)

Legenda badminton Indonesia Liliyana Natsir disenaraik­an dalam Dewan Kemasyuran BWF

-

KUALA LUMPUR: Bekas pemain beregu campuran Indonesia Liliyana Natsir disenaraik­an dalam Dewan Kemasyuran Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Badan dunia itu menerusi satu kenyataan memaklumka­n pengiktira­fan terhadap pemenang emas Olimpik dan juara dunia sebanyak empat kali itu akan diadakan secara rasmi dalam satu majlis pada Kejohanan Terbuka Indonesia yang sedang berlangsun­g, Sabtu ini (18 Jun).

Presiden BWF Poul-Erik Hoyer turut mengucapka­n tahniah kepada atlet berusia 36 tahun itu dan percaya bahawa beliau akan terus memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.

“Amat jarang untuk seseorang atlet disenaraik­an dalam Dewan Kemasyuran BWF dan Liliyana sangat layak ke atas penghormat­an ini. Aksinya yang bersahaja apabila melakukan gerakan yang sukar seronok ditonton.

“Memiliki pingat emas dan perak Olimpik serta empat pingat emas Kejohanan Dunia, Liliyana mempunyai rekod gemilang,” katanya.

Liliyana, yang mempamerka­n gaya unik dan bersahaja, selain mempunyai rekod cemerlang untuk lebih sedekad sebelum bersara pada 2019, merupakan pemain yang menonjol dalam arena badminton.

Beliau memenangi kejuaraan besar pertamanya iaitu Kejohanan Dunia pada 2005 bersama Nova Widianto sebelum gandingan itu merangkul Piala Dunia dan Kejohanan Asia pada 2016, emas Kejohanan Dunia pada 2007 dan memenangi pingat perak Olimpik Beijing 2008.

Liliyana berganding­an bersama Tontowi Ahmad dan pasangan itu memenangi dua gelaran Kejohanan Dunia iaitu pada 2013 dan 2017, juara All England tiga kali berturut-turut (2012 hingga 2014) dan meraih emas pertama Indonesia menerusi beregu campuran pada Olimpik Rio 2016 menewaskan beregu Malaysia Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia