Utusan Borneo (Sarawak)

Alves umum akan tinggalkan Barcelona buat kali kedua

-

Dani Alves mengumumka­n pada Rabu bahawa dia akan meninggalk­an kelab Barcelona buat kali kedua selepas kembali ke kelab pada tahun lepas.

Pemain berusia 39 tahun itu, yang menyertai semula Barca pada November tahun lepas untuk kontrak jangka pendek sehingga akhir musim, mengesahka­n bahawa dia tidak akan melanjutka­n kontraknya di Camp Nou.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua kakitangan di atas peluang yang mereka berikan untuk kembali ke kelab ini dan dapat menyarung jersi hebat ini, anda tidak tahu betapa gembiranya saya,” kata pemain antarabang­sa Brazil itu dalam muat naik status di akaun rasmi Instagram miliknya.

Alves beraksi 408 kali secara keseluruha­nnya bersama Barca, dengan 391 kali pada tempoh pertama dari 2008 hingga 2016.

Sepanjang tempoh itu, dia memenangi enam kejuaraan La Liga Sepanyol, tiga kejuaraan Liga Juara-Juara dan empat Copa del Rey.

Kontrak enam bulan Alves dianggap berada pada tahap bayaran minima pemain La Liga iaitu 150,000 euro dalam usaha kelab untuk terus berada dalam had gaji dibenarkan oleh liga.

Alves sebelum ini menyuaraka­n keinginan untuk terus kekal pada musim 2022/2023 tetapi sumber berkata Barcelona berminat untuk mendapatka­n Cesar Azpilicuet­a untuk memperkuat­kan benteng pertahanan dan mereka juga mempunyai Sergino Dest di posisi yang sama.

Azplicueta difahamkan berminat untuk berpindah ke Barca dan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel berkata bulan lepas bahawa rundingan masih berjalan.

Barcelona juga menimbangk­an masa depan Oscar Minguez dan berkata kelab baru-baru ini memperbaha­rui kontrak Sergi Roberto.

Sumber berkata beberapa kelab Eropah ada menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n Alves.

Alves masih berpeluang untuk disenaraik­an dalam skuad kebangsaan Brazil untuk Piala Dunia 2022 di Qatar pada bulan November depan dan diturunkan dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan persahabat­an ketika menewaskan Jepun dan Korea Selatan pada awal bulan ini.

 ?? ?? ALVES
ALVES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia