Utusan Borneo (Sarawak)

Nottingham buka rundingan dengan Man Utd untuk pinjam Henderson

-

Kelab pendatang baharu Liga Perdana Inggeris, Nottingham Forest, membuka rundingan dengan Manchester United untuk kemungkina­n mendapatka­n penjaga gol Dean Henderson untuk kontrak pinjaman, dengan pilihan pembelian tetapi untuk sekitar 20 juta pound.

Fakta penting rundingan termasuk sama ada satu urusan boleh dicapai berkenaan gaji Henderson.

Pemain berusia 25 tahun itu hanya bermain tiga kali bersama United musim lepas, masing-masing sekali dalam perlawanan Liga Juara-Juara, Piala FA Inggeris dan Piala Liga Inggeris ketika David de Gea terus mengekalka­n status sebagai penjaga gol nombor satu United.

Newcastle United juga menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n Henderson tetapi tidak akan berusaha lebih melainkan ada perubahan dengan syarat sebarang perpindaha­n.

Forest naik ke Liga Perdana dari perlawanan playoff dengan Brice Samba merupakan penjaga gol pilihan pertama mereka. Dia bermain dalam semua kecuali enam perlawanan Liga Kejuaraan dan playoff, dengan Ethan Horvath adalah penjaga gol sokongan. Usaha mendapatka­n Henderson membayangk­an Samba mungkin akan meninggalk­an kelab.

Henderson datang dari akademi United dan diberikan harapan di mana dia dapat meningkat di United apabila bermain 10 dari 12 perlawanan terakhir Liga Perdana pada musim 2020/2021.

Namun De Gea kembali menjadi pilihan bekas jurulatih Ole Gunnar Solskjaer pada awal musim lepas dan prestasiny­a menyebabka­n dia dikekalkan oleh jurulatih sementara Michael Carrick dan Ralf Rangnick selepas Solskjaer dipecat.

Henderson pernah menghabisk­an tempoh pinjaman di Shrewsbury dan Sheffield United. Dia bermain 36 kali bersama Sheffield dalam Liga Perdana pada musim 2019/2020, apabila kelab menamatkan musim di tangga kesembilan.

Pada November 2020, dia diturunkan buat kali pertama dalam skuad England yang juga penampilan sulungnya sehingga kini dan tersenarai dalam skuad Euro 2020 sebelum menarik diri kerana kecederaan.

Manchester United juga mempunyai seorang lagi penjaga gol sokongan, Tom Heaton, 36.

 ?? ?? HENDERSON
HENDERSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia