Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti Cuti Sekolah anjuran Pustaka Negeri terima penyertaan luar biasa

-

KUCHING: Aktiviti Cuti Sekolah Penggal Pertama anjuran Pustaka Negeri Sarawak telah berlangsun­g dengan jayanya dari 4 hingga 12 Jun lalu di Bilik Infotek KanakKanak.

Penyertaan aktiviti kali ini adalah secara fizikal sepenuhnya dan menerima penyertaan yang luar biasa selepas dua tahun Aktiviti Cuti Sekolah tidak diadakan secara fizikal sepenuhnya kerana pandemik COVID-19.

Program ini berjaya menarik lebih kurang 200 penyertaan kanak-kanak secara percuma dan aktiviti yang diadakan ialah ‘Flower Port Craft and Planting,’ ‘Make Your Own Toys,’ ‘Fun With Clay Art,’ ‘Design Your Tote Bag,’ ‘Personal Money Box,’ ‘Create With 3D Pen,’ ‘Beary Easy Marshmallo­w’ dan ‘Beary Cookies Pops.’

Objektif aktiviti tersebut ialah menyerlahk­an bakat terpendam kanak-kanak, memperkasa­kan kemahiran pemikiran kreatif mereka, mencungkil bakat memasak, melatih kemahiran sosial seperti kemahiran komunikasi dan meningkatk­an keyakinan diri mereka.

Sehubungan itu, Pustaka Negeri Sarawak telah merancang pelbagai pengisian Aktiviti Cuti Sekolah yang lebih menarik pada cuti sekolah yang akan datang dan sila layari laman sesawang www. pustaka-sarawak.com dan sosial media Pustaka untuk perkembang­an terkini.

Sebarang pertanyaan, lanjut sila hubungi pegawai seranta Nur Ashikin Ahmad, Unit Komunikasi menerusi talian 0111-0870191 atau e-mel kepada nuraa2@sarawak. gov.my.

 ?? ?? BERMANFAAT: Antara pengisian Aktiviti Cuti Sekolah Penggal Pertama anjuran Pustaka Negeri Sarawak yang mendapat sambutan menggalakk­an.
BERMANFAAT: Antara pengisian Aktiviti Cuti Sekolah Penggal Pertama anjuran Pustaka Negeri Sarawak yang mendapat sambutan menggalakk­an.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia