Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes rogol 19 tahun lepas dibebaskan dengan jaminan polis

-

IPOH: Lelaki yang ditahan berkaitan kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas dibebaskan dengan jaminan polis, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid.

Beliau berkata suspek berumur 40 tahun itu dibebaskan berikutan tempoh reman ke atasnya telah berakhir semalam.

“Kami akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutny­a,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Sebelum ini, suspek direman selama empat hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, Bagan Serai bermula 10 Jun sebelum tempoh reman disambung selama tiga hari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Pada 9 Jun lepas, polis berjaya menahan suspek yang disyaki terlibat kes rogol di Bagan Serai selepas 19 tahun berjaya meloloskan diri daripada pihak berkuasa.

Hasil padanan data profil asid deoksiribo­nukleik (DNA), polis percaya dapat menyelesai­kan kes rogol yang berlaku pada 2003 dengan tertangkap­nya suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia