Utusan Borneo (Sarawak)

F1: GP Australia akan terus diadakan di Melbourne

-

MELBOURNE: Grand Prix Australia akan terus diadakan di Melbourne sehingga 2035 selepas penganjur perlumbaan menandatan­gani perjanjian baharu 10 tahun, menurut pengumuman Formula Satu (F1) pada Khamis.

Perlumbaan kali pertama berlangsun­g pada 1928 dan sudah diadakan di Litar Albert Park di Melbourne sejak 1996.

“Perlumbaan sentiasa menjadi kegemaran kepada peminat, pemandu dan Melbourne adalah bandar raya yang hebat yang sangat sempurna untuk sukan kami,” kata presiden F1, Stefano Domenicali dalam satu kenyataan.

Grand Prix Australia tahun ini diadakan pada bulan April, kembali semula selepas dua tahun ekoran pandemik COVID-19 dan dimenangi oleh pemandu pasukan Ferrari, Charles Leclerc. F1 berkata tarikh perlumbaan untuk tahun hadapan akan diumumkan “bila tiba masanya”.

Ia juga berkata perlumbaan F2 dan F3 juta ditambah ke perlumbaan Grand Prix hujung minggu dari musim hadapan buat kali pertama.

 ?? — Gambar AFP ?? PASTI HANGAT: Gambar fail bertarikh 10 April 2022 ini menunjukka­n perlumbaan Formula 1 Grand Prix Australia yang berlangsun­g di Litar Albert Park di Melbourne.
— Gambar AFP PASTI HANGAT: Gambar fail bertarikh 10 April 2022 ini menunjukka­n perlumbaan Formula 1 Grand Prix Australia yang berlangsun­g di Litar Albert Park di Melbourne.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia