Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek kes pecah rumah, curi di Rampangi diberkas

-

KUCHING: Seorang penjenayah tegar, miliki lapan rekod jenayah lampau diberkas sekali lagi selepas dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan curi di kawasan Rampangi.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, suspek ditangkap pada 12 Jun selepas dipercayai memecah masuk sebuah rumah sehari sebelumnya, baru-baru ini.

Menurutnya, suspek kemudian ditahan reman dan telah dituduh di Mahkamah pada 16 Jun.

“Dalam tangkapan kurang daripada

24 jam itu, pasukan operasi juga berjaya merampas satu unit topi keledar dan telefon bimbit (barang curi). Suspek pada 16 Jun telah dituduh di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki barang curi,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, suspek diberi ikat jamin oleh mahkamah sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin tempatan.

“Dia telah membayar ikat jamin tersebut dan sebutan semula kes pada 21 Jun nanti,” katanya.

Semakan juga mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kegiatan jenayah dan penyalahgu­naan dadah. Siasatan lanjut kes masih dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek juga boleh tampil membantu siasatan.

 ?? ?? DITANGKAP: Suspek diberkas polis untuk siasatan lanjut.
DITANGKAP: Suspek diberkas polis untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia