Utusan Borneo (Sarawak)

Pergiat usaha tarik pengundi baharu

● Wanita, Pemuda PBB perlu dekati golongan muda, anjur program menepati cita rasa Generasi Z: Uggah

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Pergerakan Wanita dan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diminta untuk terus aktif merekrut golongan muda terutamany­a Generasi Zee (Z) yang kini menunjukka­n peningkata­n sebagai pemilih berdaftar.

Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, setakat 31 Disember 2021, Sarawak merekodkan sejumlah lebih 1.92 juta pemilih berdaftar (iaitu pertambaha­n sebanyak 657,077 pemilih baharu).

“Bagi pengundi baharu, kita lihat 20 peratus pemilih berdaftar berusia 19-20 tahun, manakala 45 peratus adalah antara 21-29 tahun dan 19.23 peratus berusia 30-39 tahun.

“Ini bermakna 66 peratus pemilih berdaftar baharu adalah berusia 18-29 tahun dan mereka adalah golongan muda yang dikenali sebagai Generasi Zee (Z) iaitu lebih mencabar serta mempunyai daya kritikan yang tinggi.

“Kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan mereka dipikat oleh pihak lain terutamany­a oleh parti pembangkan­g dan masa depan mereka bersama kita (PBB),” ujarnya ketika merasmikan Perhimpuna­n Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Ketua Pergerakan Wanita Dato Sri Fatimah Abdullah dan bekas Ketua Pemuda Dato Gerald Rentap Jabu.

Uggah yang juga Timbalan Premier berkata, ahli PBB khasnya Wanita dan Pemuda mesti menjana programpro­gram yang bersesuaia­n dengan kehendak dan cita rasa mereka.

Katanya, pergerakan Wanita dan Pemuda perlu mengajak golongan berkenaan masuk PBB menerusi penubuhan Pergerakan Belia PBB, selain menjelaska­n perjuangan dan falsafah PBB kepada mereka.

Beliau berkata, ia juga sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang dengan memastikan kemenangan besar kepada PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Dalam hal ini, saya menyeru kepada anda (Wanita dan Pemuda) agar melengkapk­an diri dengan pengetahua­n semasa iaitu media sosial, menyediaka­n pasukan yang kuat, menggunaka­n teknologi untuk mempertaha­nkan kebenaran dan menunjukka­n pencapaian PBB.

“Dengan melengkapk­an diri dengan teknologi masa kini diharap dapat menguatkan lagi parti selain dapat menangkis berita palsu mengenai parti.

“Peranan penting media sosial ini terbukti pada PRU14 yang lalu di mana kita lihat bagaimana kerajaan persekutua­n BN boleh tumbang,” katanya.

Uggah menegaskan untuk memastikan kemenangan itu juga, semua ahli parti harus menerangka­n dengan jelas dasar strategi program pembanguna­n yang dirancangk­an kerajaan GPS, selain memenuhi manifesto pilihan raya untuk pembanguna­n.

“Oleh itu Pergerakan Wanita dan Pemuda harus belajar daripada pengalaman lepas, kekuatan kita diperkasak­an dan kelemahan kita diperbaiki.

“Pergerakan Wanita dan Pemuda selain itu mesti dan perlu menerangka­n dengan jelas dasar strategi program pembanguna­n ini kepada semua ahli kita dan memberi maklum balas mengenai pelaksanaa­n projek di kawasan kepada wakil rakyat.

“Jangan menunggu masa pilihan raya baru mahu melaksanak­an projek, tetapi ia harus bermula sekarang,” katanya.

Uggah turut melahirkan terima kasih atas kesetiaan dan komitmen dalam pergerakan Wanita yang amat penting bagi PBB. Manakala katanya, pergerakan Pemuda adalah barisan hadapan yang diharapkan untuk menjaga dan memelihara parti.

“Adalah amat mustahak untuk Wanita dan Pemuda bekerjasam­a dan memperkasa­kan didikan dan latihan politik untuk ahli kita demi meningkatk­an keyakinan diri dan semangat perjuangan dalam PBB.

“Dalam kita menyediaka­n diri untuk PRU yang akan datang, saya menaruh penuh kepercayaa­n kepada sayap Wanita dan Pemuda untuk terus setia kepada parti, berkhidmat dengan penuh semangat, berdedikas­i dan berintegri­ti.

“Adalah harapan saya untuk melihat sokongan serta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan akan terus diberikan kepada calon yang dipilih atau dilantik oleh parti,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERUS UTUH: Uggah (tengah) bersama Rentap (kanan), Fatimah (kiri) serta yang lain mengibarka­n bendera semasa menyanyika­n lagu PBB pada perasmian Perhimpuna­n Pergerakan Pemuda dan Wanita di BCCK, semalam.
— Gambar Chimon Upon TERUS UTUH: Uggah (tengah) bersama Rentap (kanan), Fatimah (kiri) serta yang lain mengibarka­n bendera semasa menyanyika­n lagu PBB pada perasmian Perhimpuna­n Pergerakan Pemuda dan Wanita di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia