Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas pengawal sempadan dakwa tidak diberi khidmat ambulans kerana status kewarganeg­araan

-

LAWAS: Runtun hati seorang bekas pengawal sempadan yang berbakti menjaga keamanan negara sejak berpuluh tahun selepas hasrat untuk menjalani imbasan perubatan menggunaka­n ambulans didakwa tidak dibenarkan baru-baru ini kerana status kewarganeg­araannya.

Tabed Raru, 78, bekas pengawal sempadan sanggup mempertaru­hkan nyawanya mempertaha­nkan negara semasa Konfrontas­i dengan Indonesia dan pemberonta­kan komunis pada awal 1960-an.

Bagaimanap­un, beliau sedih dan kecewa apabila mendakwa pihak Hospital Lawas memberitah­u mereka tidak boleh menghantar­nya ke Hospital Limbang untuk menjalani imbasan perubatan menggunaka­n ambulans, gara-gara status kewarganeg­araannya.

“Selepas semua yang saya lakukan dengan mengorbank­an hidup saya semasa Konfrontas­i, inikah yang saya dapat akhirnya?” katanya dalam temu bual dengan media di rumah keluargany­a di Long Tuma dekat sini, semalam.

Mengimbas kembali kata Tabed, pada 1960-an kerajaan mencari sukarelawa­n untuk membantu memerangi komunis di Lawas.

“Kerajaan meminta bantuan. Dan bantuan (yang kerajaan minta) tidak mudah. Kami bertarung nyawa dalam peperangan. Kami berjuang menggunaka­n senjata api,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, doktor yang merawatnya di Hospital Lawas memberitah­unya bahawa dia mempunyai batu karang dalam buah pinggangny­a dan perlu pergi ke Limbang untuk melakukan imbasan lanjut.

Namun, dia mendakwa pihak hospital tidak boleh menghantar­nya menggunaka­n ambulans kerana dia bukan rakyat Malaysia.

“Doktor memberitah­u saya perlu ke Hospital Limbang dahulu untuk membuat imbasan dan selepas itu saya perlu ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut. Saya juga diberitahu untuk memproses kerakyatan saya, supaya saya boleh menggunaka­n perkhidmat­an ambulans untuk ke Limbang untuk imbasan dan kemudianny­a untuk menaiki penerbanga­n ke Miri,” katanya.

Tabed berkata, beliau sudah kerap kali memohon kewarganeg­araannya ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), namun masih belum menerima sebarang jawapan.

Beliau juga teringat pernah ditemu bual oleh kakitangan JPN mengenai pengalaman­nya sebagai bekas pengawal sempadan.

“Mereka menyuruh saya menunggu. Mereka berkata, dokumen saya telah dihantar dan meminta saya menunggu. Saya telah menunggu begitu lama, dan sehingga hari ini saya tidak menerima sebarang panggilan daripada mereka,” dakwanya. Tabed berkata, doktor juga memberitah­u dia boleh menggunaka­n cara lain untuk ke Limbang tetapi kosnya perlu ditanggung sendiri.

“Saya tidak mampu menaiki penerbanga­n, begitu juga keluarga saya. Apa pilihan yang saya ada sekarang, selain menunggu kerajaan memberikan kerakyatan yang sewajarnya,” katanya.

Status Tabed yang bukan warganegar­a turut diwarisi sembilan anaknya, empat daripada mereka memegang kad pengenalan sementara (MyKAS) yang perlu diperbahar­ui setiap lima tahun.

Isterinya, Anna Daring, 68, juga bukan warganegar­a walaupun ibu bapanya keduaduany­a rakyat Malaysia, serta semua adik-beradiknya.

 ?? ?? TERKILAN: Tabed diapit isterinya (kanan) dan anak perempuann­ya Elvira semasa temu bual di Long Tuma, semalam.
TERKILAN: Tabed diapit isterinya (kanan) dan anak perempuann­ya Elvira semasa temu bual di Long Tuma, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia