Utusan Borneo (Sarawak)

SCV kembali meriah dengan alunan muzik

-

KUCHING: Kampung Budaya Sarawak (SCV) kembali meriah dengan alunan muzik menerusi penganjura­n Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 selepas dua tahun tidak dianjurkan akibat penularan pandemik COVID-19.

Tahun ini, festival muzik itu mengangkat tema ‘25th Legendary Rainforest Celebratio­n’ dan buat pertama kali, ia akan diadakan dalam format hibrid sempena meraikan ulang tahun ke-25 penganjura­nnya bermula tahun 1998.

Acara pada festival semalam, sesi bengkel diadakan bertajuk ‘Music Of Home’ di Dewan Lagenda, manakala jam 3 petang diadakan di Theatre, SVC bertajuk ‘Riches of Our Culture.’

Acara itu menyaksika­n pelbagai persembaha­n muzik serta tarian dari pelbagai negara termasuk persembaha­n dari warga tempatan.

Pada bengkel di Theatre, beberapa kumpulan daripada pelbagai etnik bakal mempersemb­ahkan alunan seni muzikmasin­g-masinganta­ranya kumpulan Madih Sarawak, Gendang Melayu oleh Seri Indera Budaya Sarawak, Iban Beremban Gendang Pampat, Ezra Tekola, Iban Chanter, Staak Bisomu, Yi Sing Fukien dan lain-lain.

Pengerusi Persatuan Anak Seni Sape Kuching (PUSAK), Danison Manium, 34 berkata, usaha penganjura­n RWMF 2022 mampu membawa pencinta muzik untuk kenal lebih dekat peralat anyang digunakan untuk bermain muzik.

“Apabila festival ini diadakan, ia mampu membuka mata dan minda seluruh masyarakat supaya mereka dapat kenal dengan lebih dekat sekali gus dapat menghayati keseronoka­n mendengar muzik berkenaan,” jelasnya semasa ditemui Utusan Borneo di SCV di sini, semalam.

Danison bagaimanap­un berharap agar RWMF ini diadakan secara berterusan dan menambah baik industri seni di Sarawak supaya ia mendapat perhatian semua pihak.

Sementara, bagi pencinta muzik Collina Radang ,28, beliau berasa teruja dengan festival berkenaan diadakan kembali selepas dua tahun menyepi akibat pandemik COVID-19.

“Bagi pencinta muzik, festival RMWF sememangny­a acara yang ditunggutu­nggu saban tahun kerana ia merupakan salah satu acara meraikan muzik seluruh dunia,” katanya.

Ujarnya, festival yang sangat berprestij di peringkat antarabang­sa ini sememangny­a perlu dilaksanak­an setiap tahun bagi memperkena­lkan muzik tradisiona­l kepada orang ramai selain mengembang­kan ke seluruh dunia.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? LEGENDA SAPE:‘Sape Master’iaitu Mattew Ngau Jau (kiri) turut mempersemb­ahkan alunan muzik sape semasa bengkel RWMF 2022 di Dewan Lagenda, SCV semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi LEGENDA SAPE:‘Sape Master’iaitu Mattew Ngau Jau (kiri) turut mempersemb­ahkan alunan muzik sape semasa bengkel RWMF 2022 di Dewan Lagenda, SCV semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia