Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki disyaki miliki dadah ditahan

-

SIBU: Seorang lelaki berusia 20 tahun ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis Methamphet­amine seberat 18.35gram.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zuklifli Suhaili berkata, suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di sebuah rumah, Sungai Bidut di sini am 9.30 pagi kelmarin.

“Kami berjaya menahan suspek di sebuah kediaman dan pemeriksaa­n dilakukan menemui sebuah beg mengandung­i satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandung­i dadah Methamphet­amine seberat 18.35 gram,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, dadah tersebut dianggarka­n bernilai RM1,835 mengikut nilai pasaran.

Katanya, polis kemudian bertindak merampas dan barang kes dan tangkapan tersebut dijalankan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Seksyen itu memperuntu­kkan hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Dadah jenis syabu bernilai RM1,835 yang dirampas.
RAMPAS: Dadah jenis syabu bernilai RM1,835 yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia