Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki nyaris maut, kereta rempuh pokok

-

BINTULU: Seorang lelaki berumur 25 tahun nyaris maut setelah kereta yang dipandunya merempuh sebatang pokok dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi di sini, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmab berkata, tujuh anggota bomba dengan sebuah FRT Scania dan EMRS bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung insiden sekitar jam 5.13 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati seorang mangsa masih tersepit di bahagian kerusi pemandu kereta itu,” ujarnya.

Anggota bomba sejurus itu katanya, menggunaka­n peralatan khas bagi mengeluark­an mangsa yang tersepit pada bahagian kaki dan setelah berjaya dikeluarka­n, mangsa diserahkan kepada Unit Ambulans Bintulu untuk diberikan rawatan.

Kes diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia