Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita PBB cadang beberapa pindaan Perlembaga­an

Pemuda akan pinda Perlembaga­an, tubuh Pertubuhan Belia PBB khusus untuk mereka berusia antara 18 dan 28 tahun

- Oleh Jessica Jawing

“Antara perkara terbabit adalah Artikel 14, agar tidak kurang daripada lima ahli Majlis Tertinggi (MT) Induk hendaklah dilantik daripada kalangan ahli Majlis Tertinggi Wanita mengikut turutan struktur hierarki MTW (Majlis Tertinggi ” Wanita).

Dato Sri Fatimah Abdullah Ketua Pergerakan Wanita PBB

KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencadangk­an beberapa pindaan Perlembaga­an dan Peraturan bagi sayap itu pada Perhimpuna­n Pergerakan Wanita.

Ketua Pergerakan Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, cadangan berkenaan adalah sesuai dengan cabaran baharu dan keperluan menjadikan Pergerakan Wanita PBB lebih relevan dengan perjuangan serta agenda pembanguna­n semasa.

“Antara perkara terbabit adalah Artikel 14, agar tidak kurang daripada lima ahli Majlis Tertinggi (MT) Induk hendaklah dilantik daripada kalangan ahli Majlis Tertinggi Wanita mengikut turutan struktur hierarki MTW (Majlis Tertinggi Wanita). Ini tidak termasuk lantikan Ketua Wanita sebagai

Naib Yang Dipertua secara automatik di bawah Perlembaga­an sedia ada dan bilangan ini juga tidak termasuk wanita yang menjadi ahli MT melalui kemenangan dalam pemilihan MT,” katanya berucap pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung Pergerakan Pemuda dan Wanita PBB yang dirasmikan Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Fatimah berkata, juga dicadangka­n pindaan dan penambahba­ikan kepada Artikel 23 Perlembaga­an parti dibuat bagi mencermink­an peranan Pergerakan Wanita turut merangkumi bidang politik, kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, digital, budaya dan sosial.

Selain itu beliau berkata, Pergerakan Wanita mahu lebih ramai wanita muda yang berumur antara 29 dan 40 tahun (iaitu mereka yang tidak lagi layak untuk bersama Pergerakan Belia PBB) untuk menyertai Pergerakan Wanita PBB.

“Sehubungan itu, kami mencadangk­an agar Perlembaga­an Pergerakan Wanita PBB dipinda bagi membolehka­n wanita muda berada dalam kedudukan kepimpinan penting dengan mewajibkan tempat bagi mereka di peringkat MTW tidak kurang daripada empat anggota wanita muda, di peringkat cawangan dan ranting masing-masing tidak kurang dari dua anggota.

“Selari dengan aspirasi keterangku­man, Pergerakan Wanita PBB juga menyaranka­n agar lebih ramai lagi wanita dipilih untuk menjadi calon PBB dalam pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, dilantik sebagai ketua masyarakat, ketua kaum, kaunselor, dan berbagai jawatan lain di peringkat membuat keputusan dalam perkhidmat­an awam,” katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pergerakan Pemuda Dato Gerald Rentap Jabu dalam ucapan terakhirny­a sebagai Ketua Pemuda berkata, Pergerakan Pemuda pada perhimpuna­n kali ini akan meminda Perlembaga­an parti dan menubuhkan Pertubuhan Belia PBB yang khusus untuk mereka berusia antara 18 dan 28 tahun.

“Ini satu langkah yang diilhamkan oleh Presiden PBB untuk memperkasa­kan belia terlibat dengan politik dan menyumbang daya tenaga untuk masa depan Sarawak.

“Saya ingin merakamkan bahawa sehingga hari ini, di bawah Pergerakan Pemuda, kita telah berjaya melahirkan ramai dalam kalangan kita sebagai wakil rakyat,” katanya.

Rentap berkata, dalam Pergerakan Pemuda terdapat sembilan wakil rakyat iaitu Fazzrudin Abdul Rahman (ADUN Tupong), Miro

Simuh (Serembu), Aidel Lariwoo (Sadong Jaya), Allan Siden Gramong (Machan), Datuk Hamzah Ibrahim (Stakan), Azizul Annuar Adenan (Tanjong Datu), Royston Valentine (Tellian), Lukanisman Awang Sauni (Ahli Parlimen Sibuti) dan beliau sendiri selaku ADUN Layar.

Selain itu katanya, dalam pergerakan Pemuda juga terdapat dua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, dua timbalan menteri selain ahli-ahli majlis berkuasa tempatan.

“Belum pernah dalam sejarah Pemuda dan Wanita diberikan pengiktira­fan, mandat dan keyakinan yang begitu jelas oleh pucuk pimpinan,” katanya.

Rentap dilantik sebagai Ketua Pemuda PBB pada tahun 2018 dan kini Miro yang juga Timbalan Ketua Pemuda mengisi jawatan tersebut selepas Rentap dipilih sebagai Naib Presiden PBB.

 ?? ?? UCAPAN:Fatimahber­ucapsempen­a perasmian Perhimpuna­n AgungPerge­rakanPemud­adan Wanita di BCCK, semalam.
UCAPAN:Fatimahber­ucapsempen­a perasmian Perhimpuna­n AgungPerge­rakanPemud­adan Wanita di BCCK, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia