Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak jana lebih hasil susulan pindaan Ordinan Hutan, Kanun Tanah

-

KUCHING: Pindaan kepada Ordinan Hutan dan Kanun Tanah baru-baru ini satu lagi langkah kepada Sarawak untuk menjana lebih banyak hasil bagi mencapai ekonomi berpendapa­tan tinggi, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau yang juga Timbalan Premier berkata, Ordinan Hutan dan Kanun Tanah yang dipinda semasa persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lepas, bagi membolehka­n negeri mempunyai kuasa ke atas udara termasuk ruang udara di atas tanah yang digunakan untuk spektrum dan ruang bawah tanah untuk penyimpana­n karbon.

“Kesemua ini berpotensi untuk menjana pendapatan kepada kita sebaik sahaja keseluruha­n mekanisme dilakukan.

“Premier kita (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) akan terus berusaha mencari cara bagaimana meningkatk­an pendapatan kepada negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpuna­n Agung Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Uggah yang juga Timbalan Presiden PBB dalam ucapan perasmian berkata, Sarawak mendapat aliran hasil baharu untuk mencapai ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

Katanya, rakyat mesti tahu bahawa GPS (Gabungan Parti Sarawak) di bawah pimpinan Premier telah melaksanak­an banyak projek termasuk 11 projek untuk menghubung­kan masyarakat luar bandar.

Uggah menegaskan kerajaan Sarawak telah mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum, satu dasar yang telah menghasilk­an kutipan hasil RM8.52 bilion sejak 1 Januari 2019.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Bank Pembanguna­n Sarawak (DBoS), yang berfungsi sebagai satu bentuk pembiayaan alternatif untuk negeri itu.

Setakat semalam, beliau berkata, DBoS telah meluluskan RM9.7 bilion kepada kerajaan Sarawak untuk pembanguna­n infrastruk­tur.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TINGKAT HASIL: Uggah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpuna­n Agung Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
— Gambar Chimon Upon TINGKAT HASIL: Uggah ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Perhimpuna­n Agung Pemuda dan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia