Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari terima kunjungan hormat daripada BPHB

-

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) di pejabatnya di sini, semalam.

Kunjungan diterajui Pengerusi BPHB Dato Abdul Mutalib Alias tersebut tidak hanya membabitka­n perbincang­an berkaitan Bintulu Port, tetapi juga hal-hal lain seperti isu perumahan.

Menurut Abdul Mutalib, BPHB ingin berterima kasih kepada Premier Sarawak atas sokongan tidak berbelah bahagi kerajaan negeri terhadap aktiviti-aktiviti Bintulu Port.

“BPHB sangat menghargai sokongan, kerjasama serta bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada Bintulu Port.

“Idea-idea yang dilaksanak­an oleh Abang Johari di Sarawak sangat kreatif dan ia menunjukka­n beliau mempunyai wawasan untuk membantu rakyat Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan berkenaan.

Abdul Mutalib juga berharap agar kemesraan yang terjalin di antara BPHB dan kerajaan negeri akan berterusan.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB Dato Mohammad Medan Abdullah dan Ahli Lembaga Pengarah BPHB Dato Sri Foong Ju Chung.

 ?? — Gambar Penerangan ?? UNTUK ALBUM: Abang Johari (dua kanan) menerima kunjungan daripada BPHB diketuai Abdul Mutalib (dua kiri). Turut kelihatan Medan (kiri) dan Foong (kanan).
— Gambar Penerangan UNTUK ALBUM: Abang Johari (dua kanan) menerima kunjungan daripada BPHB diketuai Abdul Mutalib (dua kiri). Turut kelihatan Medan (kiri) dan Foong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia