Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai aktiviti menderma darah di Miri esok

-

MIRI: Belia Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Miri mengalu-alukan warga Miri bersama menyertai aktiviti menderma darah pada Ahad, 19 Jun ini.

Aktiviti itu mendapat kerjasama Tabung Darah Hospital Miri dan Bulan Sabit Merah Miri diadakan di Tingkat 1, Bilik Latihan Bunga Raya Bulan Sabit Merah Miri bermula jam 8.30 pagi hingga 1 petang.

Selain membantu menambah bekalan darah diperlukan, usaha itu juga secara tidak langsung meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n aktiviti menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Mereka ingin menderma darah dinasihatk­an mendapatka­n tidur serta rehat cukup, sihat tubuh badan dan makan sebelum datang menderma darah.

Pada masa sama, mereka datang menderma darah diingatkan meningkatk­an kawalan kendiri dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan sepanjang proses menderma darah dijalankan.

Sehubungan itu, mereka mempunyai sebarang pertanyaan berhubung aktiviti derma darah boleh menghubung­i Tabung Darah Hospital Miri di talian 085-416 657 pada waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia