Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 22 peserta jayakan Program ‘Zero To Hero’ PKMB

-

LIMBANG: Seramai 22 peserta terdiri daripada ibu bapa atau penjaga dan anakanak kelainan upaya (OKU) serta Pertubuhan Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) Limbang menyertai Program ‘Zero To Hero: Think Positive, Feel Positive’ di sini, baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Limbang bersama agensi-agnsi kerajaan lain itu memberi pendedahan kepada warga PPDK dan ahli keluarga terhadap keistimewa­an insan OKU dalam menjalani proses terapi.

Selain itu, program tersebut untuk menambah pengetahua­n, kemahiran dan mendidik masyarakat di samping memberi kesedaran positif kepada ibu bapa atau penjaga anak-anak mereka mempunyai kebolehan sekiranya dibimbing.

Turut sama Pegawai Psikologi PKMB Limbang Alexander Lucas, Pegawai Psikologi Jabatan Penjara Malaysia Lim JiaQin, Jurupulih Perubatan Hospital Limbang Alice Buyau Atin dan Jurupulih Perubatan Cara Kerja PKMB Limbang Nur Atikah Abdullah.

 ?? ?? PENDEDAHAN: Alexander (duduk, dua kiri) bersama peserta Program ‘Zero To Hero’ di Limbang.
PENDEDAHAN: Alexander (duduk, dua kiri) bersama peserta Program ‘Zero To Hero’ di Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia