Utusan Borneo (Sarawak)

SPM 2021: Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo antara tiga sekolah tahanan juvana terbaik Malaysia

-

PADAWAN: Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo tersenarai antara tiga sekolah tahanan juvana terbaik di Malaysia selepas mencatatka­n kelulusan 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan keputusann­ya kelmarin.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dato Nordin Muhamad berkata, Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo mempunyai 21 pelajar yang menduduki peperiksaa­n itu pada 2021 dan mencatatka­n Gred Purata Sekolah (GPS) 4.19.

“Sekolah Henry Gurney Puncak Borneo adalah antara sekolah yang terbaik, selain Sekolah Henry Gurney Tok Mas dan Sekolah Henry Gurney Keningau.

“Secara keseluruha­n, seramai lebih kurang 101 pelajar kita yang telah menduduki SPM 2021 dan yang mendapat 7A seramai dua orang, 6A (8 orang), 5A (10 orang), 4A (9 orang) dan 3A (13 orang),” katanya kepada pemberita semalam.

Nordin berkata, pencapaian itu memperliha­tkan komitmen kerajaan untuk memastikan tahanan turut cemerlang dalam pendidikan.

“Apa sahaja peluang yang tersedia di luar akan diusahakan agar mereka di dalam tahanan juga tidak tercicir.

“Latihan-latihan kemahiran TVET kini juga diperkemas­kan agar bersesuaia­n dengan keperluan tahanan di dalam penjara,” tambahnya.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penganuger­ahan Pingat Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2021.

Turut hadir Pengarah Kanan Dasar Kepenjaraa­n Ibu Pejabat Penjara Malaysia Supri Hashim, Pengarah Sumber Manusia dan Pentadbira­n Ibu Pejabat Penjara Malaysia Mohamad Yusri Hashim dan Pengarah Penjara Negeri Sarawak Mohamad Rosidek Musa.

 ?? ?? PERJELAS: Nordin ketika ditemui selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2021 pagi semalam.
PERJELAS: Nordin ketika ditemui selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Tertinggi Jabatan Penjara Malaysia Tahun 2022 dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2021 pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia