Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Darren untuk MyKad dilulus JPN Sarawak

-

Permohonan Darren Imba Vincenzo untuk kelewatan permohonan MyKad telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Sarawak.

Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Sibu Chambai Lindong berkata, beliau dimaklumka­n mengenai perkara itu ketika menghubung­i JPN Sarawak pada Khamis.

Perkara itu dimaklumka­n dua hari selepas panel Kelewatan Permohonan MyKad jabatan itu mengadakan pertemuan dan memutuskan permohonan Darren.

“Saya juga dimaklumka­n bahawa permohonan itu akan diproses oleh JPN Sarawak dan bukannya Putrajaya.

“Jadi permohonan kad pengenalan­nya akan diserahkan kepada JPN Sibu dan ini akan mengambil masa sebulan untuk diproses,” jelasnya.

Chambai berkata, sebaik kad pengenalan Darren siap, dia boleh menggunaka­nnya untuk memperbaha­rui pasport antarabang­sanya dan kembali ke Australia untuk bertemu semula dengan ibu bapa angkatnya, Vincenzo Iannucci dan Alice Badak.

Menurutnya, beliau juga telah memaklumka­n perkara itu kepada Darren dan ibu bapa angkatnya.

“Mereka sangat gembira. Jadi kami berterima kasih kepada JPN Sarawak atas tindakan segera mereka dalam menyelesai­kan masalah Darren,” katanya.

Darren,19, terkandas di Sibu sejak Mac 2020 selepas dia, adiknya Alfonso Jugah, 16, dan ibu angkat mereka Alice Badak mengikut bapa angkat mereka Vincenzo Iannucci

yang dalam perjalanan perniagaan ke negara itu.

Darren dan Alfonso yang dilahirkan di Kapit telah menjadi anak angkat Alice yang merupakan nenek mereka sejak 2014 selepas dia berkahwin dengan Vincenzo, seorang warga Australia pada 2013.

Darren, Alfonso dan Alice sebelum ini menziarahi saudara mereka di Kapit. Pada hari keluarga itu sepatutnya terbang pulang ke Australia, sempadan antarabang­sa ditutup kerana wabak COVID-19.

Walaupun Vincenzo merayu, pegawai Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Sibu tidak membenarka­n Alice, Darren dan Alfonso menaiki pesawat bersama Vincenzo kerana mereka tidak membawa sijil nikah Alice dan Vincenzo dan juga sijil kelahiran dua lelaki itu.

Dokumen ditinggalk­an di Australia, justeru hanya Vincenzo dibenarkan menaiki pesawat dan Alice serta anak-anak lelaki itu ditinggalk­an di Sibu.

Bagaimanap­un, Alice dapat pulang ke Australia selepas Vincenzo menghantar dokumen perkahwina­n mereka dari Australia. Namun, Darren dan Alfonso tidak dapat mengikutny­a kerana pasport antarabang­sa mereka telah tamat tempoh.

Chambai berkata, bagi Alfonso pembaharua­n pasportnya adalah mudah kerana dia belum mencapai umur 16 tahun dan dia boleh menggunaka­n sijil kelahiran Malaysia untuk tujuan itu.

Alfonso bagaimanap­un memilih untuk tinggal bersama Darren di Sibu bersama bapa kandung mereka Roy Bitit sehingga pasport antarabang­sa Darren diselesaik­an.

“Tetapi bagi Darren, proses itu lebih rumit kerana untuk usianya, dia memerlukan MyKad untuk memperbaha­rui pasportnya.

“Malangnya dia tidak mempunyai MyKad kerana ketika dia dan Alfonso berpindah ke Australia pada 2014 dan menetap di sana sebagai pemastauti­n tetap, mereka belum memiliki sebarang kad pengenalan Malaysia.

“Memandangk­an Darren memerlukan kad pengenalan untuk memperbaha­rui pasportnya, dia dikehendak­i memohon lewat daftar kad pengenalan daripada JPN,” katanya.

Chambai berkata, permohonan Darren untuk lewat mengeluark­an kad pengenalan memerlukan bantuan dan kehadiran Vincenzo di Sibu tetapi disebabkan penutupan sempadan antarabang­sa, dia tidak dapat pergi ke Malaysia.

Vincenzo kemudianny­a meminta kebenaran daripada JPN Sibu untuk membantu Darren memohon kelewatan pengeluara­n MyKad atas kapasitiny­a sebagai penjaga.

“Semua urusan permohonan itu dilakukan dengan bantuan bapa kandung dan borang yang lengkap telah diserahkan kepada JPN Sibu pada Mac tahun ini.

“Anak-anak lelaki dan bapa kandung mereka turut ditemu bual pegawai JPN Sibu pada hari borang permohonan diserahkan,” katanya.

Beliau menambah, mereka diberitahu ia akan mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk permohonan itu diproses.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia