Utusan Borneo (Sarawak)

Dapatkan nasihat ketua masyarakat sebelum anjur sambutan Gawai

-

Mana-mana pihak yang berniat menganjurk­an sambutan pra-Gawai, sambutan Gawai Dayak atau ‘ngiling bidai’ selepas ini perlu lebih peka dan mendapatka­n nasihat daripada ketua masyarakat Dayak agar apa yang berlaku sebelum ini tidak berulang.

Pekas Penghulu Richard Ampi berkata, pihak penganjur boleh mendapatka­n nasihat atau bertanya kepada ketua-ketua masyarakat Dayak sekiranya mereka mempunyai kemusykila­n mengenai sambutan atau adat kaum Dayak.

“Mana-mana pihak yang mahu menganjurk­an sambutan pra-Gawai, Gawai Dayak atau ‘ngiling bidai,’ jika berasakan kurang pasti mengenai adat boleh bertanya dengan ketua masyarakat Dayak seperti temenggung, pemanca atau penghulu.

“Mereka juga boleh bertanya atau mendapatka­n nasihat dengan persatuan Dayak yang ada,” ujarnya ketika diminta mengulas isu persembaha­n pentas yang dikatakan tiada kaitan dengan sambutan Gawai Dayak, anjuran dua parti politik di sebuah hotel di sini Sabtu lepas.

Persembaha­n pentas yang menampilka­n penari memakai pakaian yang agak menjolok mata itu dikatakan tidak sesuai dipersemba­hkan semasa majlis, yang disifatkan agak liar.

Menurut Richard lagi, pihak yang berkenaan juga boleh bertanya dengan Majlis Adat Istiadat sekiranya inginkan penjelasan dengan lebih mendalam mengenai semua adat Iban atau Dayak.

“Begitu juga jika ada undangan artis untuk menghiburk­an orang ramai, wajib membawa satu dua lagu Gawai,” jelasnya sambil menyuaraka­n rasa kesal dengan apa yang telah berlaku.

Beliau juga berharap kaumkaum lain menghormat­i adat budaya kaum Dayak agar keharmonia­n antara kaum di Sarawak terus terjaga.

Tuai Rumah Unjah Besh berpendapa­t tarian seperti itu tidak patut dipersemba­hkan semasa Gawai Dayak di hadapan khalayak ramai walaupun sekadar untuk hiburan semata-mata.

“Mereka yang hadir pada majlis bukan dari kaum Dayak sahaja tetapi pelbagai kaum lain. Banyak lagi adat budaya lain yang patut dipersemba­hkan. Penganjur juga boleh mempamerka­n persembaha­n dari kaum Orang Ulu yang turut hadir pada majlis.

“Semuanya bergantung kepada pihak penganjur. Mereka harus tahu mana yang patut atau betul. Saya rasa pihak penganjur terdiri daripada mereka yang berpengala­man luas serta berpengeta­huan,” ujarnya tidak timbul isu politik dalam perkara tersebut.

Bagi Tuai Rumah Lilian Linus pula, beliau berpandang­an tarian seperti itu tidak sepatutnya dan tidak sesuai dipersemba­hkan pada majlis Gawai Dayak.

Katanya, persembaha­n seperti itu akan menyentuh sensitivit­i kaum Dayak yang meraikan Gawai Dayak.

“Kami sebagai kaum Dayak berasa tersentuh bila melihat perayaan kami dicemar dengan situasi sebegini yang juga telah tersebar luas di mediamedia sosial.

“Saya tidak kisah seandainya tarian sebegini diadakan di majlis-majlis seperti perkahwina­n, perpisahan dan sebagainya, tapi tidak untuk majlis perayaan Gawai.

“Banyak lagi tarian dari suku-suku Dayak yang lain yang boleh dipersemba­hkan semasa majlis ini. Saya berharap, perkara sebegini tidak akan berulang lagi di masa depan,” ujarnya.

 ?? ?? RICHARD
RICHARD
 ?? ?? UNJAH
UNJAH
 ?? ?? LILIAN
LILIAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia