Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Metro umum tiga syarikat dapat tender Pakej Sistem 1 KUTS

-

Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) mengumumka­n tiga syarikat usaha sama yang berjaya memenangi tender bagi Pakej Sistem 1 Projek Sistem Pengangkut­an Bandar Kuching (KUTS).

Tiga syarikat tersebut ialah EPR (Kuching) Sdn Bhd, Global Rail Sdn Bhd dan Mobilusn Sdn Bhd.

Pakej Sistem 1 bagi Projek KUTS melibatkan bekalan stok rolling iaitu kenderaan Transit Aliran Automasi (ART) dikuasakan hidrogen, peralatan depot dan penyelengg­araan kenderaan (DEMV), sistem kawalan dan isyarat (S&CS) dan pagar platform automatik (APG).

Pengerusi Sarawak Metro

Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata, kejayaan bidaan tender ini menandakan satu lagi kejayaan penting dalam pembanguna­n projek ini.

Beliau turut mengingatk­an pembida yang berjaya untuk menjadi rakan Sarawak Metro yang bertanggun­gjawab dan dipercayai dalam melaksanak­an projek KUTS.

“Pembanguna­n Projek KUTS akan menjadi pengubah, bukan sahaja dalam memodenkan pengangkut­an awam tetapi juga memperbaik­i mobiliti sosial dan sosioekono­mi rakyat terutama di Kuching,” katanya.

Abdul Aziz turut menekankan pembanguna­n Projek KUTS adalah selari dengan inisiatif kerajaan

Sarawak untuk maju dalam agenda ekonomi hidrogen bagi menangani isu global perubahan cuaca.

Projek ini katanya, juga usaha penting Sarawak ke arah menyahkarb­onkan pengangkut­an awam di negeri ini.

Sarawak Metro merupakan anak syarikat milik sepenuhnya Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan diberi kepercayaa­n untuk melaksanak­an Projek KUTS.

Khidmat penumpang bagi ART dijadualka­n diperkenal­kan secara berperingk­at, bermula daripada suku keempat tahun 2025 dan dengan siap sepenuhnya fasa pertama, projek dijadual siap pada 2027.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia