Utusan Borneo (Sarawak)

Kerja pembaikan kebocoran paip Batu 7 sangat sukar: Lee

-

MIRI: Menteri Pengangkut­an Dato Sri Lee Kim Shin berkata, kerja-kerja memperbaik­i kebocoran paip di Batu 7 Jalan Miri-Bintulu sangat sukar.

Dalam perkongsia­n di Facebook pada tengah malam kelmarin, Lee berharap kerja-kerja berjalan lancar dan bekalan air akan kembali pulih dalam tempoh 24 jam.

“Saya ingin mengatakan bahawa kerja-kerja adalah sangat sukar dan begitu mencabar yang dilakukan dalam keadaan kerja yang sukar,” jelasnya.

Lee turut berkongsi kerjakerja pembaikan secara langsung di laman media sosial popular itu pada jam 10 malam yang mendapat tontonan lebih 14,000 pengguna dengan 360 perkongsia­n.

Beliau yang juga ADUN Senadin berkata, mereka yang bertugas melakukan yang terbaik menyelesai­kan masalah itu.

Justeru, beliau menghargai dan berterima kasih atas dedikasi dan komitmen petugas ketika berdepan waktu sukar sekarang.

Beliau juga berterima kasih kepada kesemua agensi yang terlibat termasuk pihak Pejabat Residen dalam mengagihka­n bekalan air kepada kawasan yang terputus bekalan.

Bermula kelmarin, enam lokasi dipilih pihak LAKU untuk mendapatka­n bekalan air iaitu Loji Rawatan Air Lambir, Miri Sentral (berdekatan Pasar Raya SL), Pusat Komersial Permyjaya (depan Permymall dan Lot Kedai Komersial Siang Siang berdekatan Pasar Raya Ah Hong), Desa Pujut Dua Permyjaya (Lot Kedai Desa Murni sebelum McDonald’s), Senadin/Lutong (berdekatan restoran makanan laut Jumbo, berdekatan parkir New World Mart) dan Piasau/Krokop (Taman Bulatan, pekarangan Stadium Tertutup) dan Masjid Darul Ehsan Piasau.

Krisis air di Miri berulang lagi pada awal kelmarin setelah pihak LAKU Management Sdn Bhd melaporkan berlaku kebocoran paip utama baharu bersaiz 1,100 mm diameter di Batu 7 berdekatan PUSPAKOM pada jam 2.30 pagi.

Pada 9 Jun lalu, bekalan air paip di sini terputus kerana kebocoran pada paip di kawasan sama yang berjaya diperbaiki keesokan harinya pada jam 3 petang.

 ?? ?? TURUN PADANG: Lee meninjau kerja-kerja pembaikan paip di Batu 7, malam kelmarin.
TURUN PADANG: Lee meninjau kerja-kerja pembaikan paip di Batu 7, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia