Utusan Borneo (Sarawak)

18 penjaja Pasar Sungai Merah dipindahka­n ke tapak sementara

-

SIBU: Seramai 18 penjaja di Pasar Sungai Merah di sini akan dipindahka­n ke tapak sementara di Lorong Sungai Merah 2D di sini mulai 27 Jun ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Kaunselor Albert Tiang berkata, tapak sementara itu terletak berdekatan pasar sedia ada.

Beliau berkata, ini adalah membuka laluan kepada pembanguna­n semula pasar yang sudah berpuluh tahun usianya itu.

“Projek pembanguna­n semula (Pasar Sungai Merah) bermula pada Julai ini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tiang memberitah­u struktur pasar berusia berdekadde­kad itu akan dirobohkan dan dibina semula dengan bangunan baharu dilengkapi medan selera dan tempat letak kereta.

Beliau berkata, pembanguna­n semula Pasar Sungai Merah dijangka menelan belanja RM5 juta dan pembiayaan­nya adalah daripada Projek Rakyat.

 ?? ?? DIBANGUNKA­N SEMULA: Pasar Sungai Merah bakal dirobohkan untuk dibina semula.
DIBANGUNKA­N SEMULA: Pasar Sungai Merah bakal dirobohkan untuk dibina semula.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia