Utusan Borneo (Sarawak)

RM55,000 dilulus kepada mangsa kebakaran Rumah Polly Sulau untuk beli bahan binaan

-

ENGKILILI: Sejumlah RM55,000 telah diluluskan kepada mangsa kebakaran Rumah Polly Sulau untuk membeli bahan binaan selepas rumah panjang 11 pintu itu musnah dijilat api lewat pagi kelmarin.

Bantuan kewangan tersebut sebagai tambahan bantuan lain antaranya bantuan wang saku berjumlah RM100 seorang, bantuan makanan kepada 30 orang dengan setiap mereka diperuntuk RM50, bantuan persekolah­an dan kelengkapa­n tidur.

Mangsa kebakaran turut menerima bantuan kelengkapa­n dapur yang kesemua bernilai RM72, 900 dengan harapan mangsa yang seramai 34 orang termasuk empat kanak-kanak bangkit selepas kehilangan tempat berteduh.

Majlis penyampaia­n bantuan kepada mangsa kebakaran di Bukong Asal, Lidong itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa.

Terdahulu, Dr Rayong telah dibawa meninjau lokasi kebakaran yang turut mengorbank­an seorang kanak-kanak bagi memerhati sendiri lokasi kebakaran rumah panjang yang musnah sepenuhnya.

Dr Rayong dalam ucapan ringkas berharap kesemua mangsa bersabar menghadapi dugaan dan mahu mereka bangkit dari musibah yang menimpa.

“Saya sangat sedih dengan kejadian ini yang disifatkan sangat tragis hingga mengorbank­an nyawa seorang kanak-kanak.

“Sehubungan itu, saya sekali lagi menasihati masyarakat awam supaya berhati-hati ketika mengendali­kan bahan mudah terbakar seperti sumber bekalan elektrik, ketika memasak dan soket di rumah,” ujarnya.

Katanya, api bila kecil menjadi kawan dan besar menjadi lawan, justeru jangan ambil mudah terhadap sumber yang boleh menyebabka­n kebakaran.

Dr Rayong yang juga Ketua Pemuda Parti Sarawak Bersatu (PSB) turut menyampaik­an penghargaa­n kepada orang perseorang­an, agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong, Jabatan Kesihatan Bahagian Betong, veteran ATM Betong, polis, anggota Bomba dan Penyelamat Betong serta tuai-tuai rumah

Lidong, Skrang yang tampil menghulur bantuan sejak hari pertama Rumah Polly Sulau musnah dijilat api.

“Sikap bantu-membantu ini sangat mulia dan saya selaku YB ADUN mewakili semua mangsa sangat berterima kasih kepada bantuan sama ada secara langsung atau tidak... dan saya sangat mengambil berat terhadap semua musibah yang menimpa rakyat Engkilili,” ujarnya.

Terdahulu, lawatan yang juga disertai Jabatan Kesihan Bahagian Betong turut membina tandas sementara untuk kegunaan mangsa kebakaran tersebut.

Lawatan singkat sambil menyerahka­n bantuan kepada mangsa kebakaran turut disertai beberapa tuai rumah di sekitar Lidong, ketua-ketua jabatan kerajaan berkenaan serta masyarakat sekitar Lidong, Betong.

 ?? ?? RINGAN BEBAN: Dr Rayong melakukan simbolik penyerahan bantuan kepada Polly (lima kiri) sambil diperhatik­an para tuai rumah dan wakil agensi kerajaan di Bukong Asal semalam.
RINGAN BEBAN: Dr Rayong melakukan simbolik penyerahan bantuan kepada Polly (lima kiri) sambil diperhatik­an para tuai rumah dan wakil agensi kerajaan di Bukong Asal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia