Utusan Borneo (Sarawak)

PMU santuni keluarga dua pelajar meninggal dunia

-

MUKAH: Rombongan terdiri sembilan warga Politeknik Mukah (PMU) diketuai Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Iskandar Reduan mengadakan ziarah dan pemberian sumbangan berbentuk wang ringgit kepada waris dua pelajar dari Jabatan Kejurutera­an Awam PMU, baru-baru ini. Dua pelajar terbabit ialah Timothy Ranggau Marshall dan Allister Byran Silas.

Timothy yang merupakan pelajar semester enam meninggal dunia pada 31 Mei lalu dan berasal dari Kapit. Beliau meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan industri di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kapit.

Sumbangan kepada waris diterima oleh bapa mendiang, Marshall Jaloh di Tatai Kenyalang, Jalan Selirik Kapit.

Manakala, Allister Byran Silas merupakan pelajar semester satu berasal dari Sibu meninggal dunia pada 15 Februari lalu.

Sumbangan diterima oleh bapa mendiang, Silas Jepai di Jalan Permai Timur, Sibu. Waris mendiang Silas turut menerima tuntutan insurans.

Antara lain tujuan rombongan terbabit untuk memberi sokongan moral kepada waris pelajar-pelajar meninggal dunia.

Di samping itu, turut membantu memaklumka­n kepada waris berkaitan sumbangan khairat kematian yang boleh dituntut oleh waris pelajar.

Ziarah tersebut juga menyampaik­an maklumat berkaitan tuntutan perlindung­an insurans pelajar daripada Takaful Malaysia.

 ?? ?? TERIMALAH: Iskandar (tujuh kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang waris pelajar PMU yang meninggal dunia.
TERIMALAH: Iskandar (tujuh kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang waris pelajar PMU yang meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia