Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 26 anggota BBP Bintangor sertai Program Bersepadu ‘Fat To Fit’

-

BINTANGOR: Seramai 26 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor menghadiri Program Bersepadu ‘Fat To Fit’ dan Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) kelmarin.

Ketua BBP Bintangor Nicholas Belulin berkata, program itu dianjurkan dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bintangor.

“Program ini merupakan sebahagian daripada pencegahan dan pengendali­an penyakit tidak berjangkit di tempat kerja.

“Program intervensi faktor risiko untuk membentuk amalan budaya hidup secara sihat dalam kalangan majikan dan pekerja ini akan berlangsun­g selama enam bulan,” katanya.

Menurutnya, dalam program ini majikan berperanan memberi komitmen, sokongan padu dan memastikan ia berjalan lancar dan mencapai sasaran ditetapkan.

Dalam program ini, anggota bomba diberikan beberapa taklimat oleh Pegawai Kesihatan dari Klinik Kesihatan Bintangor.

“Antara topik disampaika­n ialah Minda Sihat, Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat, Amalan Tidak Merokok dan Program Pengurusan Berat Badan,” jelasnya.

Menurutnya, selain mendengar taklimat, anggota bomba turut melakukan pemeriksaa­n saringan kesihatan.

 ?? ?? DAFTAR: Anggota bomba melakukan pendaftara­n sebelum menjalani saringan kesihatan.
DAFTAR: Anggota bomba melakukan pendaftara­n sebelum menjalani saringan kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia