Utusan Borneo (Sarawak)

Bimbing masyarakat akar umbi dengan dedikasi, integriti tinggi

Pemimpin masyarakat perlu bantu kerajaan bangunkan komuniti

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Pemimpin masyarakat menggalas peranan dan tugas penting dalam membimbing rakyat di peringkat akar umbi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) harus sentiasa menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab sebaik mungkin dengan penuh komitmen dan integriti yang tinggi.

“KMKK memainkan peranan yang amat penting dalam membantu pihak kerajaan memastikan sesebuah kawasan di bawah jagaan mereka bergerak membangun dari segala aspek.

“Sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, mereka perlulah bersikap profesiona­l, adil dan sentiasa peka dengan segala aktiviti yang berlaku di sekeliling mereka.

“Perkara paling penting ialah kebajikan, sosial dan perkembang­an ekonomi komuniti di bawah jagaan mereka yang perlu sentiasa dipantau agar masyarakat tidak berasa ketinggala­n dan sentiasa diberikan keutamaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelantikan KMKK bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Repok di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Bahagian Sarikei, semalam.

Pada majlis itu, seramai empat KMKK yang baru dilantik dan 29 KMKK yang dilanjutka­n perkhidmat­an menerima sijil masing-masing.

Perkara paling penting ialah kebajikan, sosial dan perkembang­an ekonomi komuniti di bawah jagaan mereka yang perlu sentiasa dipantau agar masyarakat tidak berasa ketinggala­n dan sentiasa diberikan keutamaan.

Dato Sri Huang Tiong Sii ADUN Repok

Sehubungan itu, Huang berharap semua KMKK yang telah dilantik dapat menjalanka­n tugas dengan baik dan memberikan kerjasama dengan pihak jabatan atau agensi kerajaan serta wakil rakyat setempat.

Katanya, semua KMKK perlu terus memberi komitmen yang tinggi seiring dengan perubahan semasa berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira fahaman politik.

“Pada masa sekarang, perkara yang menjadi keutamaan kita ialah kesejahter­aan dan keharmonia­n rakyat yang perlu didahuluka­n.

“Kepada semua KMKK yang dilantik dan dilanjutka­n perkhidmat­an pada hari ini, kita juga berharap kita dapat sama-sama kekal sebagai satu kumpulan penting bersama-sama Pejabat Daerah dan Pejabat Residen Sarikei,” tegasnya.

Pada majlis itu, Huang turut menyumbang­kan dana sebanyak RM10,000 kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Sarikei.

Hadir sama Residen Bahagian Sarikei Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan dan Pegawai Daerah Sarikei Christophe­r Ranggau Unting.

 ?? ?? SELAMAT BERTUGAS: Huang merakamkan kenangan bersama KMKK yang telah dilantik menjawat tugas masing-masing.
SELAMAT BERTUGAS: Huang merakamkan kenangan bersama KMKK yang telah dilantik menjawat tugas masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia