Utusan Borneo (Sarawak)

RUU pindaan SLO sedang dimuktamad­kan: Gerawat

-

KUCHING: Rang UndangUnda­ng (RUU) pindaan Ordinan Buruh Sarawak (SLO) sedang dimuktamad dan akan dikemukaka­n kepada kabinet negeri Sarawak untuk pertimbang­an dan kelulusan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Dato Gerawat Gala berkata, sebaik sahaja diluluskan oleh kabinet, RUU pindaan itu akan dikemukaka­n kepada kerajaan persekutua­n untuk dibentangk­an di Parlimen.

Menurutnya, kerajaan Sarawak bersetuju untuk meminda SLO bagi memastikan konsistens­i dengan Konvensyen Buruh Antarabang­sa dan juga pindaan terbaharu Akta Kerja 1955 yang diluluskan di Parlimen pada 30 Mac lalu.

“Disebabkan oleh isu kerumitan buruh yang dibangkitk­an dan ketepatan pindaan kepada SLO, terdapat keperluan untuk mengadakan satu siri libat urus dan perbincang­an dengan pelbagai pihak berkepenti­ngan dan agensi kerajaan yang berkaitan untuk input mereka.

“Beberapa siri libat urus telah diadakan sejak tahun lalu dan perbincang­an lanjut diadakan pada Januari hingga Mei tahun ini.

“Kerajaan negeri juga berhasrat agar pindaan SLO diluluskan oleh Parlimen untuk manfaat kedua-dua pekerja dan majikan,” katanya kepada The Borneo Post di sini kelmarin.

Beliau mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak baru-baru ini untuk menyegerak­an pindaan SLO.

Pada Selasa, MTUC Sarawak menggesa Premier Sarawak dan Menteri Sumber Manusia supaya tidak melengahka­n lagi pindaan kepada SLO.

Setiausaha­nya Andrew Lo berkata, OBS mesti dikemas kini dengan segera memandangk­an pindaan Akta Kerja (EA) akan membolehka­n pekerja di Semenanjun­g Malaysia menikmati terma dan syarat kerja yang lebih baik.

Beliau berkata ini supaya pekerja Sarawak tidak didiskrimi­nasi hanya kerana mereka tinggal di kawasan geografi berbeza di Malaysia.

“Apabila masa kerja mingguan maksimum di Semenanjun­g Malaysia telah dikurangka­n kepada 45 jam, SLO masih memerlukan pekerja untuk bekerja 48 jam.

“Apabila cuti bersalin di Semenanjun­g Malaysia dinaikkan kepada 98 hari, SLO kekal kepada 60 hari.

“Apabila mereka menikmati cuti bersalin selama tujuh hari dan dilindungi daripada kerja paksa, diskrimina­si dalam pekerjaan dan gangguan seksual, pekerja Sarawak sekali lagi diketepika­n,” kata Lo dalam kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia