Utusan Borneo (Sarawak)

Status projek klinik di Long Busang dipersoal

-

KUCHING: Ketua Penerangan dan Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Abun Sui Anyit mempersoal­kan status projek pembinaan klinik yang dijanjikan di Long Busang, Belaga.

Menurut Abun yang juga Ketua Cabang PKR Hulu Rajang, pembinaan klinik tersebut dengan nilai RM3 juta dijangka siap 24 Julai tahun ini.

Namun katanya, tinggal sebulan sebelum tarikh tersebut, tiada tanda-tanda kerja-kerja pembinaan akan diteruskan selepas lama tergendala sejak tahun 2015.

“Saya telah menerima aduan daripada penduduk Long Busang, Belaga mengenai projek ini dan mereka bertanyaka­n bila klinik ini akan siap.

“Ikut jadual projek ini dijangka siap 24 Julai ini, tetapi persoalann­ya sekarang adakah ia dapat disiapkan atau menjadi projek gajah putih,” kata Abun menerusi kenyataan mewakili penduduk.

Menurut Abun lagi, beliau difahamkan masalah itu telah dibangkitk­an penduduk pada acara Perhimpuna­n Besar Kaum Kenyah Sarawak dari 20 hingga 22 Mei lepas kepada Ahli Parlimen Hulu Rajang Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Katanya, dua lagi wakil rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang dan ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon juga hadir pada perhimpuna­n itu.

Justeru katanya, penduduk Long Busang sangat berharap kerajaan persekutua­n dapat menyambung semula pembinaan klinik itu dengan segera.

 ?? ?? TERGENDALA: Projek pembinaan klinik di Long Busang, Belaga dijadual siap 24 Julai ini namun tergendala.
TERGENDALA: Projek pembinaan klinik di Long Busang, Belaga dijadual siap 24 Julai ini namun tergendala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia