Utusan Borneo (Sarawak)

PKB Sibu keluarkan 79 kompaun bagi kesalahan merokok setakat tahun ini

-

SIBU: Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Sibu telah mengeluark­an sebanyak 79 kompaun bagi kesalahan merokok setakat tahun ini.

Menurut kenyataan PKB Sibu semalam, kompaun tersebut dikeluarka­n daripada 15 operasi penguatkua­saan yang dijalankan.

“Ya, kami menjalanka­n operasi penguatkua­saan semalam (16 Jun) di Pasar Sentral Sibu.

“Satu kompaun dikeluarka­n kerana merokok (kesalahan).

“Secara keseluruha­n tahun ini, kami telah menjalanka­n 15 operasi seumpama itu dengan sejumlah 79 kompaun dikeluarka­n,” kata jurucakapn­ya sambil menambah operasi di Pasar Sentral Sibu kelmarin melibatkan tiga pasukan.

Penguatkua­saan larangan merokok di premis makanan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan Kawalan Tembakau 2004 (Pindaan 2018) telah bermula pada 1 Januari 2020.

Larangan itu terpakai kepada semua kedai makan termasuk yang terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia