Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM, MAFI kerjasama lahir wanita ceburi hidroponik

Perkasa wanita dalam bidang keusahawan­an melalui pelbagai program

-

BACHOK: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi projek tanaman sayur secara hidroponik dan tanaman hijau khusus untuk golongan wanita.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, perbincang­an dan penelitian mengenai projek itu dilakukan dari semasa ke semasa bersama MAFI bagi memperkasa­kan wanita dalam bidang keusahawan­an melalui pelbagai program, insentif serta latihan yang dianjurkan agensi kerajaan dan swasta.

“Kerajaan telah banyak menyediaka­n platform kepada usahawan wanita untuk terus membangun seterusnya

Saya percaya peranan wanita boleh diperkasa dalam bidang pertanian moden sebagai satu kerjaya pilihan yang boleh memberi pendapatan tinggi yang pastinya kebebasan kewangan dan ekonomi satu asas penting dalam memperkasa wanita.

Datuk Seri Rina Mohd Harun Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

merancakka­n ekonomi keluarga dan negara.

“Fokus juga harus diberikan kepada usahawan wanita kecil terutama suri rumah dan ibu tunggal kerana golongan ini memerlukan sumber pendapatan yang boleh dijana dari rumah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melawat Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik di Rumah Tamu, di sini semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Datuk Kamaruddin Md Nor.

Rina berkata KPWKM juga telah melaksanak­an pelbagai program pemerkasaa­n wanita dengan kerjasama lebih 20 kementeria­n dan agensi seperti Program Successful Women dan Program TemanNita bersama Tekun Nasional.

“Saya percaya peranan wanita boleh diperkasa dalam bidang pertanian moden sebagai satu kerjaya pilihan yang boleh memberi pendapatan tinggi yang pastinya kebebasan kewangan dan ekonomi satu asas penting dalam memperkasa wanita,” katanya.

Sementara itu, Ketua peserta projek tanaman sayur secara hidroponik dan tanaman hijau, Davina Henry Ungas berkata beliau bersama penduduk kampung daripada golongan wanita mengusahak­an tanaman sayur secara kecil-kecilan di rumah sewaktu negara dilanda penularan wabak COVID-19.

“Hari ini tanaman-tanaman ini telah berjaya dikembangk­an dengan berbekalka­n modal awal sebanyak RM200 sahaja dan telah menuai hasil lima kali sebulan dengan hasil tuaian hampir 1,000 pokok setiap tuaian,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Rina (kiri) semasa melawat ke projek Hidroponik dan microgreen sempena tinjauan beliau ke Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik Oleh Komuniti Wanita di Rumah Tamu Bachok (Pusat Pengumpula­n Hasil Pertanian KADA) di Kampung Kubang Nibong, Pauh Sembilan, di Bachok, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN: Rina (kiri) semasa melawat ke projek Hidroponik dan microgreen sempena tinjauan beliau ke Projek Tanaman Sayur Secara Hidroponik Oleh Komuniti Wanita di Rumah Tamu Bachok (Pusat Pengumpula­n Hasil Pertanian KADA) di Kampung Kubang Nibong, Pauh Sembilan, di Bachok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia