Utusan Borneo (Sarawak)

USM perkenal nombor plat khas

-

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini melancarka­n penjualan nombor pendaftara­n kenderaan khas USM 1 hingga USM 9999.

USM dalam kenyataan memaklumka­n universiti itu berbesar hati mengekalka­n kombinasi huruf USM bagi mewakili Universiti Sains Malaysia dalam pemilihan plat khas tersebut.

“Pihak universiti menyeru seluruh warga dan alumni USM bagi memberi semangat dan sokongan padu dengan membida nombor USM 1 hingga USM 9999 yang akan bermula semalam.

“Bidaan boleh dibuat dengan memuat turut aplikasi carplates.my di Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi pengguna iPhone,” menurut kenyataan itu.

USM turut memaklumka­n pembida boleh memulakan bidaan serendah RM250 bagi empat digit nombor pendaftara­n bergantung kepada nilai yang ditetapkan di dalam sistem bidaan.

Dana yang diperoleh hasil penjualan nombor plat ini akan disalurkan bagi membantu USM menyokong memperting­katkan lagi kerja penyelidik­an yang sedang giat dijalankan, menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia