Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia-Turkiye perkuat kerjasama menerusi perkongsia­n teknologi: PM

-

KUALA LUMPUR: Malaysia-Turkiye akan memperkuat­kan lagi kerjasama menerusi perkongsia­n teknologi, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi, Ismail Sabri berkata perkara itu merupakan antara isu yang dibincangk­an semasa menerima kunjungan hormat Duta Besar Turkiye, Merve Safa Kavakci bersama-sama wakil dua syarikat gergasi industri pertahanan negara itu semalam.

Beliau berkata Malaysia akan menerokai peluang kerjasama perkongsia­n teknologi dengan syarikat Turkiye.

“Makina Kimya Endustrisi Kurumu (MKE) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Servet Akkaynak dan Turkish Aerospace Industry (TAI) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Temel Kotil telah mempelawa saya untuk melawat kilang mereka di Turkiye.

“Mereka berminat menerokai peluang perkongsia­n teknologi khususnya dalam bidang aset pertahanan dan aeroangkas­a. Insya-Allah, kita akan memperkuat­kan lagi kerjasama MalaysiaTu­rkiye,” menurut hantaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia